anisnabilahblog

My photo
Sungai Besar, Selangor D.E, Malaysia
Fantasy is just dream that never come true . .so, let's just step on REAL stage ! = )

Tuesday, 1 November 2011

aku gembira ~

Assalamualaikum..

haloo haloo..anis in da house !..yeahh, len macm sikit intro aku hari nih ehh?..biaselah, tgh gembira memang macm ni..haha~..yea, uolss, i am very very very happy today sebab.. i've pass my P licence..jangan jelouse !.
hahaha, so, lepas ni aku bawak motokar secara halal..thanks to Allah...

acctually, aku now baru balik dari jpj test..harini aku ponteng skola sebab nak amek lesen tulah..and alhamdulillah, kepontengan sekolah aku berbaloi macm kamdar...you know, sebab this test tidur aku tak nyenyak, jantung ni macm nak melantun keluar..kepala tetibe migran ..sesat napas dibuatnya..but is actually not that hardla nak pass, cuma perasann kita je yang over sangat..but seriously okey, kita tak boleh nak tepis sume bende tu..walau panggil penceramah berkaliber seantero dunia pun..rase takut , gentar dan nerves tu tak kan dalm hilang..except lepas  korng dah pass..baru semua rase tu hilang naturally..

let me story siket la, pasai memasai aku amek lesen dapi first sampai aku lulus dapat P...so, first, korang mesti kene dapat lesen L..and before dapat lesen L..korang kene hadiri ceramah tak silap aku 6 -7 jam..first 5 jam and second lagi 2 jam lepas korang dah lulus ujian komputer..ujian komputer ni susah nak gila okey..i try for twice baru lulus, tu pun tahap2 nak gagal..gelabah melenihi segalanya..tu yang tak lulus tu..okey, lepas tu baru dapat L..and korang akan start buat latihan naik motor dekat atas litar..kat  litar ni yang ada titi, ada kene pusing2..and kene buat bermacm sign..yang ni, korang kene betul2 belajar, ape kate orang tu..practise make perfect..ade org yang akan ajar korang how to tunggang that motor atas that litar..jangan risau..normally, akan buat 10 jam latihan..tapi tu ikot koranglah..kalau aku memang makan 10 jam jugak..every Saturday aku akan pergi latihan..dengan panas2..sabo jelah kan..

lepas berutngkus lumus berpanasan membuat latihan tu pulak..nanti korang akan dibagi tarikh untuk jpj testt macm aku buat tadi..sebab L licence paling lame pon 3 bulan je..and akan lupus..so asap la kene buat jpj test..during jpj test tu..korang kene hati-hati and buat dengan fokus sebab banyak yang kene avoid dari kita buat, sebab ada perkara yang membuatkan kita kegagalan serta merta..macm masa korang lintas titi terjatuh or timing less than 7 seconds..or korang punye kaki terpijak tar road..tu sume akan diconsider gagal serta merta..surat menyurat tidak dilayan..oh ya, even tali helmet tak ketat pon boleh gagal serta merta tau..carefull..
bagi akulah, yang aku takut adalah of course titi sebab takut jatuh and timing less than 7 seconds..and jugak masa nak emergency brek and time nak start kat  jalan raye,.sebab banyak sign kite kene tau..kalau berhenti nak buat ape..nak belok nak buat ape..tak mainlah guna signal..macm berkungfu pon ada atas motor tu..haha~

and if dah okey semua tu..and korang pon pass..tahniahh..!..JPJ yang awasi kita buat tu kadang okey kdg tak..tgk nasib..alhamdulillah aku dapat yang quite good even yang perempuan tu quite kerek siket..but okeylahh aku dah lulus pon..banyak cakap pon tak guna kan??..and lepas dapat P..jagelah that P betul2..jangan lupa nak bawak lesen and tampal huruf P kat motor..kene mata demerit baru tau..hehe..okeylah thats all..penatlah..nak makan dulu...

adios amigos..

wssalam_LOLz_

p/s : seriously rase nak terbang sekarang..ooops..kene amek lesen kapal terbang dulu .. . .

kerana kek cawan itu..


BAB 2 , BAB 3

Bab 2
Jam sudah menunjukkan pukul 10.05 pagi. Aku mengeluh perlahan, mana Dato’ dengan Datin ni..biasanya datang awal...haishh,,..ada ape2 ke yang jadi, mintak-mintak janganlah.
“Assalamualaikum..?” sapa satu suara dari belakang. Siapakah?
“Waalaikumsalm..” jawap aku sambil memandang kebelakang,,.adakah aku sedang bermimpi??..hensem gila mamat depan aku ni. Macam Zulhuzaimy..bukan..lagi hensem.
“Cik Aleeya Nasuha??..am I right??” soalnya perlahan dengan senyuman. Jangan senyum please...i am melting !! hishh, sejak bila aku gedik semacm nihh?..fokus Leeya fokus..!
“Ye..tu..sa..saya..awak ni siapa??” ishhh, apsal aku gagap?? kau sakit ni Leeya.!
“Saya Raziq Aiman..anak Dato’ Ralizan..i am here on my parents behalf..dorang can’t make to see you sebab their friend passed away just past 2 hours..i hope you don’t mind..” ujar lelaki itu sambil mengambil tempat duduk dihadapanku. Ketenangan kata – katanya membuatkan aku lebur..aiseyhh!
“Tak..lagipun nak buat camne kan..” ujar aku jujur, memanglah tak kesah, Dato’ and Datin direplace dengan hero Malaya ..huihh, anugerah tu..haha.
“So, can we start..?..” soalnya teruja.,mungkin sebab dia tak sabar nak dengar suara aku yg lunak untuk membentangkan plan..ishhh, perasanlah kau Leeya..! sekali dia nak cepat habis sebab malas nak layan kau Leeya!..
“Sure..” aku menjawap. Dia tersenyum bila aku menhulurkan file kepadanya. Dia ni suke senyum tau!, kalau aku ni ice..dah basah tempat duduk aku ni ha !, totally melting ..
Selepas hampir 2 jam menerangkan itu, ini..urusan aku selesai. Seriously, nilah appioment yang aku sangat tak nak berakhir..hahaha..confirm kau sakit Leeya.!
“We finish here..any question??” soalku perlahan kepasa Raziq yang tekun melihat fail dihadapannya.
“Nope..your explanation really details..well, no wonder my daddy and mummy love working with you..kerja you semuanya bagus, I impress !” katanya puas hati. Dia puji aku??..wahhh..!kembang bermanggkukan nihh!
“I do what I should do..” balasku merendah diri, tapi kalau ikot hati nak je loncat-poncat sebab gembira, tapi aku masih waras walaupun agak ting tong sekarang.
“So, memandangkan awak sudah mengimpresskan saya with your excelent works..so, I treat you lunch..boleh??” ajakannya buat aku terpempam.
“Lunch?” tanyaku.
“Yup..you set the place..or just eating kat cafĂ© sane tu..their food quite delicious..” soalnya. Ishh, sedap-sedap je dia ni, masalahnya aku dah janji dgn Su nak pergi makn makanan Mexico. Hahh!.. I got an idea..
“Why don’t we eat mexicon food for lunch..?..i got an extreamly great place..” ujarku teruja.
“Mexicon food..sounds good..” balasnya bersetuju.
“But, with my friend..is it okey??”aku bertanya, yelah mana tau dia tak selesa nanti, dah la aku baru sangat kenal dengan dia ni.
“The more the marrier..why not..” ujarnya membuatkan aku tersenyum. Bagus..senang kerja aku, lelaki ni pun nampak suits dengan suhaila..haha..!, untuk aku?? maybe dia ni hensem and buat aku cair,..but..not my taste so farr..
~~~~~~~~~~~
 “Su..kenalkan..ni Raziq Aiman..my very new friend..and Raziq, introducing my bestfriend ever..Tengku Suhaila..” aku memperkenalkan kedua-dua kawan kepada kawan aku. Haiishh, serabut ayat kau budakk!
“Call me Su..no tengku-tengku..” kata Suhaila, itu jugalah yang dia kate dekat aku time very first time aku jumpa dia kat dorm. Since that, aku tau dia ni baik sangat.
“Okey,..Su..and call me Raziq..Aiman also can..select which one you like..” ececehh, panjang kau bagi tau name..ngan aku tadi takde lak kan??...nampak sangat berjodoh dorang berdua ni..dapat pahala dirikan masjid dorang ni.
“Okey..dah kenalkan..so, lets eat guys !..” ujar aku girang. Girang ada makna tuuu!
Lagu Super Something kedengaran dari tas tangan aku. Haishh telefon ni..potong betull..sapalah tuan dia..ishh, aku jugak!
“Sorry..kejap ye..Su, aku nak macm biasa..” ujarku sambil berdiri dari kerusi.
“Set 3 fresh orange??” soal Su.
“You know it..” ujarku dan terus berlalu meninggalkan keduan kawan baru dan kawan baik dimeja.
“Ade apa long??” tanya aku selepas memberi salam. Alonglah pengacau itu..nasib baik kau along, kalau angah..nasib baik jugak.
“Dik..mintak tolong siket..?” ujar aku terus terang. Dah terdesak sangatlah ni, biasanya berkias-kias nak kata mintak tolong.
“Ape?” soalku kembali.
“Weekends ni free tak??” tanya along. Aku berfikir sejenak.
“Saturday or Sunday??”
“Both..”
“Nak tolong ape??” aku bertanya. Berkemungkinan besar aku free.
“Macam ni..along outstation for those two days..so, takde sape nak jage Bakery..Leeya boleh tolong jaga tak??” lembut suara along meminta bantuan. Macm tulah biasanya. Nak mintak tolong suara punya lembut, kalau marah aku, kalah suara garau The Rock, naik pecah gegendang telinga.
“Gaji berapa..?” tanyaku bergurau, selama ni aku memang selau tolong along dekat bakery, tapi sukarela, ni kene paksa.haha
“Ishh,, confirm belum nak tanya gaji..free ke tak?? boleh ke takk??” suara along meninggi. Baru je kate tadi.
“Boleh..pukul berapa??” aku menekan suara. Kononnya marah.
“Bakery bukak pukul 10, adik datng pukul 11 pon boleh, sebab yang bukak kedai Abang Ryan..adik jage counter je..but dtg awal pon bolehh..”terang along.
Selepas bersembang ala kadar, talian dimatikan. Hmm, ade jugak activity weekends ni. Aku terus masuk kedalam restaurant memandangkan  perut sudah berbunyi sakan.
Dari kejauhan aku melihat Su dengan Rafiq bergelak ketawan berdua. Hmm, good news..!
“Gelak sakan nampak..? story ape??” tanyaku selepas mengambil tempat disebelah Suhaila.
“Takde ape2..Rafiq ni cerita masa dia kat Uni dulu..kelkar..” jawap Suhaila, mukanya pink menahan tawa yang bersisa.
“Oh ya..you study mane dulu?” tanya aku kepada Raziq.
“Warwick..you?”
“Saya same dengan Sue..Sydney..”
“Sydney ramai orang Malaysia kan..Warwick..tak..” ujarnya perlahan. Selepas itu ketopic lain pula.Seronok betul dengan Rafiq ni, dahla baru kenal, pastu tak kesah langsung apa-apa. Memang macm Su waktu aku kenal dulu..I thinks they were meant together..Wait and see soon!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tepat pukul 6.30 petang aku sampai rumah.Penat, itu sahaja yang ada dalam kepala aku sekarang. Lepas lunch dengan Su dan Raziq, aku masuk pejabat sekejap dan terus ke site. Balik tadi, jalan pulak jam, pastu kene ada orang hon aku sebab aku tak gerak2. Memanglah, dah name jam..manelah boleh gerak. Kalau kau hon aku sampai hon ko meletup sekalipun, tetap tak jalan jugak. Pelik aku orang sekarang ni..haihh.
“Baru sampai?? lambat kau harini?..” soal Su. Bau semerbak dari dapur, yeye, Su masak!..
“Biaselah..jam..aku pon keluar time peak..semua orang balik kerja..nasiblah !” keluh aku sambil baring diatas sofa, tudung sudah ditanggal selesanya !
“Pergi mandilah..nak baring-baring pulak..kejap lagi nak azan..bila nak makan..nanti pukul 8 dah taknak makn..pastu sakit perutlah..apelah..cepat2 bangun..” jerit Su dari meja makan. Haihh makcik ni, kalah ibu aku membebel..tak boleh betul tengok aku senang-senangan.
“Yelah..kau ni macm ibu aku tau..kau kene kahwin dah ni..Raziq tadi macm okey jekan..?” acah aku dan terus naik kerana Su menunjukkan penumbuknya kepada aku, makcik ni kalau dia belasah aku, perghh, tak agak2..ganas betul!, baik selamatkan nyawa.
“Weekend nanti kita jogging dekat Tasik Titiwangsa nak??..lamelah dah ta jogging..” usul Su semasa kami sedang menghidangkan makan malam. Lauk malam ni best..ayam goreng tepung, tom yam dengan sayur campur..huishh, kecur air liur aku !
“Sorry..weekend aku sudah dibooking dengan along..dia mintak tolong jagekan bakery di kat Shah Alam..” kataku, Su mengeluh kecil..tak puas hatilah tu.
“Alah!!..urm, kalau macm tu aku ikot kaulah..boleh?..nak jugak aku feeling2 jadi sellsgirl..yeahh!” ujar Su sambil membuat gaye yang kononye  comel. Apelah su ni !
“Fikir comellah tu??..but seriously kau nak ikot??..Saturday and Sunday..” ujarku bersungguh, kalau ada kawan bersemangat la siket aku nak kerja ni..
“Betullah..boleh takk??”beria dia berkata. Yess!, ada kawan.
“Boleh..kau jage kaunter..aku boleh buat cupcake kat dapur..aku dah tanye abang aku, aku nak jual raspberry cupcake dekat Bakery dia..tambah koleksi cuppiees dia ..”
“Yeke..bestlah tu..oh ya, cakap pasal cupcake..mama Dani, Datin Azian..dia teringin nak makan cupcake ko..dia baru call tadi..”
“Datin??..bila dia makn cupcake aku??”soal aku sedikit terperanjat. Biar betul..?
“Ala..kan haritu yg aku bawak masa birthday Risya adik aku..dia ada sekali..and makn lah cupcake kau..you know..you have kill her diet..she ate 2 cupcakes that day..bisanya dia makan cupcake, setengah pon tak habis..”
“Really..tak naklah aku buat..nanti dia salahkan aku pulak buat dia gemuk..”
“Takdenyer...dia suke kaulah,,”
“Suke aku??maksud kau??”
“Takde ape2...” Su terus diam selepas itu. Aku pun sama.
Suhaila mengutuk dirinya, haishhh, kalau lah terlepas pasal rancangan Datin tadi..mati aku !..
“Sue..” seru aku perlahan. Muka suhaila berkerut..apahal?? sakit perut ke dak su ni?
“Betul weii takde ape2..datin makn kek kau and dia suke je..” Sue bela diri, siap tangan mengawan2 kat udara.Lawak !
“Ape masalah dengn aku pulak..ni, aku nak tanye..kau ade nampak ipod shuffle aku??hilanglah wei..hadiah orang tu..sayanglahh..”ujarku sedikit sedih. Sejak pagi tadi mencari ipodnya yang sangat bermakna.
“Hadiah dari Farhan maksud kau..Leeya..kan aku dah kate..”Sue mula membebel, dia tak suka betul kalau aku teringat si Farhan, bekas kekasih aku yang telah meninggal dunia akibat barah otak. Sejak dari itu, hidup aku single sampai sekarang.
“Bukan macm tulah..aku dah lupa dia dah..tak ingat langsung..Cuma, ipod tu kan boleh guna, masa2 aku bosan..aku dengar..”potong aku, kalau biarkan si Sue ni membebel, alamat tak makn aku.
“Habis kau letak mana bende tu??” soal Su.
“Taktau..hilang..kat pejabat dah carik..bilik pon dah..”habis diselongkar bilik serta pejabatnya, sampai Allisa jugak turut terlibat.
“Maybe, this is the time Farhan memang betul2 kene hilang dari ingatan kau Leeya..and he was gone already..”kata Su perlahan, penuh makna.
Tanpa aku sedar air mata aku menitis, Farhan..Leeya rindu awak..
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi itu aku datang kepejabat bersama Suhaila memandangkan hari ini aku nak pergi shopping dengan Su dekat Pavillion sambil tengok wayang. Girls activities !
“Assalamualaikum Lisa..morning..” sapa aku, Allisa kelihatan sibuk meneliti file dihadapannya.Dia lantas bangun tanda hormat.
“Waalaikumsalam..morning Cik Leeya..happy nampak?”tanyanya, dia ni memang boleh bace apa yang aku rase, hmm, budak ni ade sixth sence kott?..
“Alhamdulillah..” jawapku ceria macm astro Ceriaaa..ha!, baru best !
Selepas itu aku terus masuk kedalm bilik, diikuti Allisa.
“Cik Leeya..harini you have no outside appoiment, but Mr, CEO wanna see you on 10, ni arahan dia sendri semalam..sebernya dia nak jumpa semalam, but you have another thing..so, dia nak jumpe harinilah..and then, ni file for Emas Kencana.. okey.thats all..” terang Allisa, buku diarynya ditutup.
“Mr.Ceo??..why??..”tanyaku pelik. Aku ada buat salah ke?
“Sebab semalam Cik Leeya tak jumpa dia..i don’t know..i’ve ask Rahim, because dia pon takde semalam, but dia kata Ceo taknak jumpa pon dia..i don’t know..” kata Allisa dengan gelengan sambil angkat bahu, cakap jelah taktau, kenapa nak angkat bahu sekali. Body language maybe.
“Hm..curious..but its okeylah..you ada jumpa dia semalm kan??..how??”tanyaku.
“Oh ya..i thinks he’s your type..arrogant, ego..handsome..” ujarnya. Kan aku dah kate, dia ni confirm ade sixth sence..but pasal type aku tu, aku yg bgtau dia..hehe ~
“Oh ya..urm...we’ll see soon..” aku agak exited nak berjumpa mr. Ceo yang sudah 3 kali aku dengar pujian kacak daripada wanita..
“Tak sabar nak makn nasik minyak..” gurau Allisa.
“Allisa..!”kataku sedikit menekan, namun tetap dengan senyuman. Allisa dengan aku dah macm adik beradik, gurau tu perkara wajib..but kiteorang serius taime kerja..professional tak?
“Sorry..bye..”cepat Allisa keluar dari bilik. Kelakar pon ada, Allisa tak padan kecik, tapi kaki mengusik dia tegar tauu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Cik nak pergi mana?” tanya Allisa ketika melihat aku tergesa-gesa keluar.
“Pantry..” jawapku pendek. Kenapa nak tanye?, bisanya aku keluar dia tak tanye pun.haha, nak ape jugak dak Lisa ni.
“You suppose to meet Mr. Ceo now..” katanya sambil menunjuk jam.Pap!, aku tepuk dahi..cehh, sakit jugak..menyesal tepuk tadi..
“Oh my..i am seriously forgot it..you call secretary dia..kata I nak jumpa dia..thankss..” ujar aku, apa punya akulah, bende tu pon lupe??..makn semut punya budakk!
Aku hembus nafas sebaik sahaja lift sampai ditingkat 6. Aku excited tiba-tiba. Gedik!
“Hai Cik Leeya..please come in..” jemput secretary CEO, si gadis cina yang sangat manis Mei Reen nama dia.
“Thanks..” balasku, aku menapak  kepintu bilik CEO itu perlhan. Dengan lafaz bismillah, aku ketuk pintu., dan membukanya bila ada suara sahutan dari dalm.Suara dia macm best walaupun sayup je..hehehe
"Assalamualaikum..” sapaku hormat. Kepala aku tunduk kelantai.Malu !
“Waalaikumsalam..have a seat..” jemputnya yang memandang kearah luar tingkap biliknya yang besar.
“So..ada apa Encik Tengku nak jumpa saya..” tanyaku. Si dia ni pulak asyik pandang luar je apehal??..
“Correction, Encik Dani..well, kenapa awak takde masa first time saya dikenalkan disyarikat ini?” tanyanya tegas. Aku kecut perut..aiseyyhh!, Sue tak bgtau ke aku ade appoiment?? Sue ni..
“Masa tu saya ade  appoiment..so saya tak boleh lambat..and I think Suhaila have to told you everythings right??” aku mmbela diri..aku tak besalahh..
“Tulah pasal sampai langgar orang kat lift??..dan perasan diritu cantik??” katanya sinis. Aku mengangkat muka. Incident tu..mana dia tau..ataupun..dia ni..
“Awakk???” ujarku sidikit meninggi. Terkejut mak yehyehh aku melihat mukanya selepas di berpusing dihadapan aku. Lelaki penyepit ni CEO aku??..mimpi ngeri ape lagi niee???
“Ye..saye..selamat berkenalan Cik Aleeya Nasuha..ataupun cik pengepit..” ujarnya dengan muka yang kononnya gembira. Kalau dia ni bukan CEO aku, and kalau bukan ibu kate hormat atasan aku..dah lame mamat ni aku tarik telinga sampai jadi macm telinga gajah..
“Ape niat awak sebenarnya panggil saya ni??..” soalku malas nak berlapik. Sakit hati kian menebal..sabar Leeya..sabar..
“Takde niat ape-ape..saje nak berkenalan dengan antara pekerja terbaik Syarikat ni..tak sangkekan kita dah berjumpa awal sebelum yang disangka..how a small world..and saya impress, kerana awak yang lambat amek salad, and buta ketika berjalan, adalah pekerja contoh disyarikat saya..”katanya seumpama mengejek, aku tak kesah dia nak ejek, tapi dia buat aku panas!, sakit hatiii!
“Awak jangan ingat awak tu CEO awak boleh cakap sesuka suki awak je..and you know, saya tak sangka org panas baran, tak reti bersabar..and mulut takde insurans ni boleh jadi CEO tempat saya bekerja..saya tak sangka..macm mimpi..mimpi ngeri sangat..kalau dah takde apa2 lagi..saya nak keluar..maaf sebab berkurang ajar dengan awak..and you have to know..awak tu pon kurang ajar jugakk..assalamualaikum”
“Heyhh..tunggu..ni awak punya kann??” jeritnya. Aku berpaling...my Ipod??
“Pulangkan balik bende tu...” ujarku sambil menapak kembali kearahnya. Nak kene dia ni.
“Pentingke bende ni..buruk je saya tengok..” ujarnya dengan muka sememh. Aku tampar jugak muka dia ni kangg..!..
“Bak balik lahh..”ujarku keras. Dia tergelak-gelak.Sawan!
“You know..i’ll keep this,..”putusnya sambil meletakkan I pos aku kedalam kocek seluarnya.
“Kate buruklahh..tapi nak simpan jugakk..” marahku tak puas hati.
“Hello?..bukan saya nak simpan sebab nak guna...sebab nak sakitkan hati awak..” selamba dia berkata. Kalau kesabaran aku ni tak kuat, dah patah riuk mamat depan aku ni..takpe..nasib kau baik je sebab kau CEO..
“Ambiklah..tak kesahhh!..”balasku keras, dan terus berlalu keluar. Ada ubi ada batas..muka kau macm ubi atas batassss!!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~
“Leeya..kau biar betul nak makn ni semua..habis ke nanti??” soal Suhaila tidak percaya. Balik dari rumah selepas kejadian takbermoral CEO baru tu, aku balik dengan berplastik makanan yang aku beli semasa singgah dipasar malam berdekatan rumah. Stress punya pasall.
“Kalau tak habis..kaulah makan..” balasku selamba. Kerusi aku tarik, yeahh.makan time !
“Kau ni kenapa??..mesti ade apa2 ni kan??..setahu aku, nafsu makan kau ni melampau hanya time kau cuti and masa kau stress tak hengat..kau cuti ke??..ehh, taktak..kau baru lepas kan??.., kau stress ehh Yaa??kau kenapa weii..tak cerita pon kan??” bebel Suhaila. Dia ni kalau concern, menyakitkan hati pon ada, tanya itu, ini..macm mak nenek !
“Ape2 jelah weyy.jomlah makan..” ujar aku, pinngan aku hulurkan kepada Suhaila. Dia duduk membentak..eleh, marahlah tu aku tak layan..
“Bagitaulah weyy..kenapa??” tanya Suhaila lagi selepas 15 minit suasana senyap sunyi.
“Haihh,,kau ni..nak tau sebab pe??”aku akhirnya bersuara. Suhaila mengangguk laju..macm kat cerita 60 saat tu..
“Ni sebab cousin kau tulahhh..dasar budak penyepitt..” jawapku akhirnya. Nak buat macmmana, last2 memng kena bgtau..
“Dani??..apsal dia??penyepit?? kenapa penyepit??..” tanya Suhaila pelik.
“You know..dia tulah budak yang aku jumpa time aku mkn dekat Pizza hut minggu lepas, and dia jugak yang aku langgar kat lift time aku nak pergi appoiment tu..and, dia jugak yang amek I pad aku yang terjatuh time kiteorang crash dekat depan lift..semua dia..dia..tu..haishhh,, geram akuuuu!..” keropok lekor yang aku ambil, aku tonyoh kat pinggan.Geram punye pasal!.
“Dia memang macm tu..annoying ..among cousin aku yang bebelas tu..dia paling annoying sekali..but, even macm tu, dialah yang paling caring sekali..lebih2 lagi dengan org tua..dengar cakap mama dia..tapi dia tetap tegas..so, dia tak dilabel mummys boylah..” Su membackup sepupunya. Kau ni kawan sape Su??pelik aku.
“Caring??..hah !..macm tak je..”ujarku tak  percaya, Yelah, perangai siket punye belagak, dah la ambil barang orang..macm ape je..
“Iye..kau tau, masa aku demam tu pon..dia hantar video kat aku tau..siap pos teddy bear lagi..abdd bukan aku je..semua sepupu, makcik2 dia..uncle..semua dia buat macm tu kalau kiteorang sakit..”
“Tu yang  kau tangkap cintan tu??”aku sengaja mengusiknya.
“Takdelah..aku ni dah tau dia macmmana..tapi, my cousin Fiya..she really in love with Dani..but dia now still study kat New York..tapi mama Dani tak berapa minatlah dia ni..coz, social..” bagitau Su, ade jugak orang nak suke dekat penyepit tu..hah, mimpi ngeri betull.
“Mama dia..Dani??”soalku,  lelaki kan suke perempuan yang social, pandai bawak diri katenye, aku ni social macm2 tu je..my life is my family and office.!
“Dia  tu, siket tak layan kalau cintan2 ni..aku pelik gile dgn dia..aku fikir dia homo dulu..haha..” kata2 Su membuatkan aku tergelak nak keluar anak tekak, homo?? hensem macm tu homo..sayang gilerr..
“Hahaha..jahat tau kau..”
“Memang pon..dia tak pernah ade gf dari skolah menengah..university..and till now..”
“Dia nak carik alien kot..takpon dia memang homo..kahkahkahhh”.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bab 3
“Leeya..tart ni nak letak mana?” tanya Suhaila, Harini aku dan Suhaila mengambil part time kat kedai abang aku.Hahah!
“Tu..kat sane..ni last kan??..lepas ni kau jage kaunter terus ye Su..aku nak buat cupcakes.”
“Okey!..” balas Su, ceria betul dia harini, aku taktau kenapa, maybe Raziq dah impresskan feeling  dia kat Su kot, or dia seronok tolong aku??..nak kene tanye ni..
“Leeya..ajarlah abang buat cupcakes Leeya tu..” ujar Abang  Ryan. Dia ni bestfriend abang aku and dia sebenarnya minat kat aku, tapi aku rase dia tu seriously like abang aku, memang nak cintan2 tu tak masuk langsung.
“Abangkan chef..Leeya nak kene ajar abang pulak?” balasku. Walau abang Ryan ni minat aku but aku hanya professional dihadapannya. Buat- buat tak tahu sahaja dengan apa yang dia cuba sampaikan.
“Recipes Leeya tu special sangat..macm Leeya jugak..” perlahan suaranya menutur kata. Aku tersentap, dia dah mula dahh..
“Abang raspberry mana?..” aku terus mengubah topic. Naik bulu roma cakap dengan abang Ryan ni lama-lama.
“Kat peti ais..tempat buah..” jawapnya dengan senyuman.
“Thanks..”
Selepas satu jam bertungkus lumus, kek cawan terakhir keluar dari ketuhar yang besar. Decoration time, kalau buat kek cawan atau cupcakes, part yang paling super duper best is making the decoration. Tapi decoration atas kek mesti tak terlebih atau over acting, baru cantik!
“Yes..finishh” sorakku ceria.
“Dah siap Leeya??..abang nak?” tanya Abang Ryan yang baru selesai membakar scone. Scone dia terbaik maa!
“Ni untuk abang..special..raspberry lebih..Leeya hantar ni kat depan dulu ye..” kataku dan terus mengangkat dulang berisi kek cawan raspberry untuk dijual. Sambil2 nak tengok Suhaila yang jadi cashier tak rasmi.
“How’s business young girl?” tegur aku kepada Suhaila yang baru selesai mengambil bayaran.
“Great..Leeya seronok jugak ehh jadi cashier..aku nak kerja sinilahh..” ujar Suhaila. Memang dia nampak happy sangat. Sejak bakery dibuka, riuh Susana dibuatnya dengan suara Suhaila.
“Banyaklah kauu..”
Tinggg!..loceng berbunyi menandakan ada pelanggan yang datang. Suhaila terus bangkit dari kerusinya.
“Selamat datang !..” ujar Suhaila, aku pula sibuk menyusun kek cawan didalam rak.
“Su..awak kerja sini ke??”  soal satu suara. Aku mengangkat muka. siapakah?
“Aunty..buat ape kat sini..” tanya Suhaila, dia keluar dari kaunter, dan menyalami wanita separuh abad itu.
“Nak beli pastrylah..ni kan bakery..” jawap wanita tersebut. Padan muka Suhaila, lenkali tanye soalan tu elok siket yee..
“Yelahh..ehh, aunty..memang bagus aunty datang..ni ha, raspberry cupcake..your favorite cupcake ever..” Suhaila menarik tangan wanita tersebut kedahapan tempat aku menyusun kek cawan.
“So sweet..i miss this kek cawan very much..”
“Lepas ni, aunty akan rindu maker kek cawan ni pulak..ni kenalkan, owner of the great raspberry cupcake..Aleeya Nasuha..”Tengku Suhaila menarik tanganku dekat dengan mereka berdua. Ape jugak Su ni...
“Ni Aleeya?..tak sangka dapat jumpa kat sini..” gembira betul aunty ni dapat jumpa aku..serius terasa amacm artis pulak..
“Hai aunty..” dengan sopan aku menyalam tangan aunty yang aku tak tahu nama dia. Dia vogue walaupun bertudung..kelas !
“So, Leeya..nilah mama Dani..Datin Azian Haleeda..” ternganga aku bila Su kenalkan aku kepada aunty di hadapan aku ni. Cepat2 aku tutup mulut, cover cun!
“Datin..sorry..saya tak cam muka datin, because ya, saya cepat lupa muka orang I mean muka Datin..”
“Its okey dear..tak payah berdatin-datinlah..just call aunty..saya tak salahkan Leeya pun, memang anuty tak selalu ada dekat compony sebab my whole day  is in the house and persatuan..aunty tak minat nak masuk campur hal dato’ kat perjabat..patutpon many workers tak familiar dengan aunty..”
“Aunty sorang je ke??..Dani takde??he’s used to be with you every Saturday right?” tanya Suhaila.
“Dia hang out dengan kawan2 dia..aunty yang suruh,.oh ya, you both kerja sini ke??..tak pernah nampak pulak sebab ni bakery favorite aunty tau..aunty selalu pergi sini beli roti..”
“Ni bakery abang saya Datin..i mean aunty..abang saya outstation for two days..so, saya tolong jagelah..”
“And she is making your favorite cupcakes..!” jerit Suhaila dari belakang..Exited terlebih lah Suhaila ni.
“Su, pack me 5 of them..anyway next week aunty nak buat tea party kat rumah..aunty nak tempah dalm 50 raspberry cupcakes from you boleh??”
“50??..god!, aunty tempah dengan my brother..saya tak buat bussines pon..just for fun..”
“Make for me..please?” rayu Datin Azian. Ni aku memang tak boleh kalau wanita sebaya ibu aku merayu mintak tolong. Aku kalah betul, tapi aku sibuk..sapa nak buat..50 cupcakes..banyak tu..
“I’ll help you Leeya..don’t worry..”Suhaila menawarkan diri untuk membantu. No ways to go..
“Okey..jom aunty..kita discuss dulu..since this is my first time..” ujarku sambil memaut tangan Aunty Azian. Seyuman puas terlakar diwajah Datin Azian..i just love the smile!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~