anisnabilahblog

My photo
Sungai Besar, Selangor D.E, Malaysia
Fantasy is just dream that never come true . .so, let's just step on REAL stage ! = )

Wednesday, 28 November 2012

bila SPM dah tamatt ~

Assalamualaikum . .

Tepat pukul 3.30 tadi, officially once-in-a-lifetime, SPM exam aku sudah tamat,.. YEBA-YEBA ! now aku adalah pelajar lepasan SPM,.kihkih, rasa lawak untuk berkata demikian, i am still kid okey! jadi-jadi, aku nak story morry sikit pasaai semuanya, ~ before SPM, during SPM, dan after SPM..

beberapa bulan ni kan, i mean during this whole november,. kehidupan aku agak different sikit la dari biase, sebab aku memang gile bace buku, kurang tgk tv, selalu seterika baju awal, basuh kasut, take light breakfast before sekolah, serta hidup dengan tenang dan gembira..even aku ni dalam keadaan 'exaam stress' tapi still under control, aku still can divide my time untuk relaks dan sebagainya..

masa exam kan, perasaan aku memang sangat gubra tahap king kobra..debor2 semacam okey! biaselah SPM pun namenye..yang bijaksana handal laksamana pun kecut perut wey..before aku melangkah kedewan exam, i'll make sure that aku ambil breakfast, iaitu,. cup of MILO dengan roti kaya,.yumyumm..aku mesti ambil breakfast awal, dalam pukul 6 sengah gitu sebab cikgu aku pesann..

Anak murid yang dikasihi..cikgu nasihatkan kamu mengambil 
breakfast satu jam awak sebelum duduk di dewan periksa..

jadi sebab aku ni murid yang amat mendengar kata sang guru, aku pun ikot..dan, ianya berkesan..ia membantu aku untuk kekal cergas sepanjang hari..(macam iklan pulak)..tapi tak lah sepanjang hari sangat, sebab aku balik je rumah terus melahapp..bagus punya budak kann?..tapi paling kurang masa kite tengah jawap exam tu kita rasa calm and harmony je..ecewahh..

aku ade satu habit masa periksa selama 9 hari lepas,.iaitu..;lepas je habis satu paper yang pagi tu..FOR SUREE, aku akan ke toilet..cuaca sangat sejuk, feeling duduk dekat oversea okey time jawap paper waktu pagi2.. sangat oversea dengan angin cam kuat2 gitu dan bunyik pintu dewan 'gedegang-gedengang' kene tiup dek angin, lame2 aku yang naik hangin.!

cakap pasal hangin, ade satu hari ini, aku ingat lagi, time tu paper physic, dah lah paper 2 yang sangat gile cool dia punya susah,. dan pada hari tu jugak ade yang ambil paper science, and last exam untuk budak2 pusat dua.. dalam pukul 12 cenggitu, tetiba aku terasa macam ade bom meletus tepi dewan sebab ade budak yang terlampau sengal membaling mercun, bukan mercun bola, mercun papan okey.. PAPAN ..menatang itu yang berbunyi selepas beberapa minit baru diam tu,. hadoyaiii..sengal ubi keledek rebus tak empuk betullah.. bukan itu sahaja, rentetan itu, mercun bola juga turut kedengaran..dorang ingat ni pesta beda-bedu ke..but, the best part is, ketua pengawas periksa tu siap call polis ag tau..haha, lawak-lawak..namun, polis, macam biasa, datang selepas kejadian menjadi sejarah..= (

now, aku dah habis exam.. even happy sampai nak luncat2..  bila once langkah keluar dari dewan, aku sebak sebab lepas ni, rutin hidup selama 13 tahun will slowly change..no more uniform, terlebih girang punya friend, makan masakan acik kentin,. dan usha pakwe cun kat skola.. kehkeh.. sebenarnya agak sodih jugaklah, saya dah tak skolah okey.. TAK SEKOLAHH!, what the heck is that? cepat sangat nak gila super cool punya masa..haishh..(aku tak pasti kenapa jadi begini ayat aku)

oleh sebab dah jadi penganggur ni, banyak masa untuk dibuang atau digunakan, mesti, aku akan always update bloggg, sebab aku sayang blog aku sangat2.. aku akan selalu berfacebook untuk keep in touch dengan frenss, selalu ngadap youtube untuk tengok video macam2, dan ngedap blog orang lain..hahahe~anyway, lepas dah habis exam perasaan awkward tu still bermain dalam minda, tapi nanti biaselahkan,.otak aku memang sukar mengadaptasi sesuatu yang baru..biasalah, otak lembapp~

okeylah , malas nak cerita lagidah..dah penat taip panjang2..nanati dah habis cerita aku, dah lah kurang cerita, nak cerita banyak2 dalam satu masa..ishh, sadis betul..


 
( gamba encik google)

p/s : takdemodsangatsangattt!



Friday, 23 November 2012

BIOLOGI dan KEK COKLAT . .

Assamalualaikum . .

Hari sabtu sudah datang, 1 day to go before my last two papers day after tomorrow..jadi harini bace buku biologi, well said tadelah bace sangat, cuma go through  dengan stress note yang penting untuk isi buat esei kan, jadi sambil sambil tu, cam bosan, you know me kan, senang sangat merasa bosan..lebih-lebih lagi kalau perut tu menyanyi lagu lapar dengan sayu,.hati ni mudah gile terasa..ngeee~ jadi, ingat nak godek2 dapur ibu and buat kek coklat kukus, oleh sebab bahan-bahan memang senantiasa ade untuk baking and so on, jadi senanglah kerja saya, no need to grocer lagi dah hehe, bijak kan I ?..

lagipun jimat masa tau olls sebabnye whatever it is, still kene go through buku biologi yang membuatkan otak biol itu, sebab last paper meyhh, kene pay alots of attention, well then lepas ni buku bio tu akan rest for 2 to 3 month kan..jadi pasal kek coklat tadi, (nasiblah masih ingat) aku terus menggodek kek sampai satu meja penuh tepung, hamek kauu, ayak tepung tukan lambat,jadi biar cepat end up bersepah atas meja, kan bagus gitu? lepastu tu kita pun mix this with that, mix that with this, kasi whisk2 sampai sebati,.nak jadi cerita..aku hanya buat half from actual recipe, jadi sukatan sume jadi half, tapi entah gimana cara ntah, aku dengan confident over the hill, masukkan satu cawan susu kedalam mixture kek terbuat, dan lepas godak2 baru terperasan,.punyalah gelabah nak gila time tu, fikir punya fikir, aku kurangkanlah sukatan air panas yang secaawan jadi setengah je, hehe, bigitulah aku, colek sini, colek sana pastu buat diam je, kekeke, sadis punya budak ~

tapi, what a lucky girl i am, lepas menunggu kek dikukus selama 30 minit cenggitu, walahh!, kek kukus i siyap okey.! tralalalllaa ~

 ini hasil dia,.glossymossy kan kek cekelat kita?

lepas letak topping dia tu, terus cepat2 sudu kek tu, tadenye nak pakai pisau nyanyi lagu happy bday before potong, main sudu je kek tersebut, baru best kan? tehee ~

oh ya, harini jugak weds my sister dekat KELANTAN,,. sungguh sedih okey cerita ni..dia bukanlah my actual sister, tapi i stay with her family masa tecik dulu,.waktu tu pun masih kat Pahang, sekarang lepas ayah mok, (kak long father) passed away one year ago, depa pi pindah Kelantan, is actually memang ade perancangan nak ke Kelantan right after habis SPM yang hanya tinggal dua paper ni, tapi weds ni pulak tarikhnya sangat kejam,.jadi dah takde cara nak buat, mampu bersedih macam takdapat balik raya  jelah, .the saddest part is,. mama (kak long's mom) cakap yang dia tak ingat langsung yang kitaorang ( me and my bros ) belum tamat SPM lagi, dia ingat kiteorang ni muda2 belaka,.tehee~ but issokeylah mama, i am happy for you,. yeayy, itew dapat abang ipar baru okeys!..

 

SELAMAT PENGANTIN BARU  kak long and abang tarmizi, jage kak long kite baik2 okey..
~pic from kak long's FB,.

sekarang, kita berhadapan realiti,. membaca buku biologi,..


wssalam = )

p/s : biologi ni macam sejarah versi sains, anda bace anda dapat..tak bace? nganga jelah kat dewan periksa sambil kunyak gula-gula..tehheee ~


 tiada motif untuk letak gambar ni, . peace !
 

LET THEM BE FREE - SAVE GAZA ! ! !

Assalamualaikum , .


Sebagai seorang muslim, aku rasa bertanggungjawab nak buat entry ni,. as world-wides knew that GAZA now is in pathetic condition hasil kekejaman zionis laknatullah,.kita kat Malaysia ni patut sangat-sangat rasa bersyukur dengan keamanan yang terhidang ni, jangan sengaja nak mintak kene serang pulak dengan meroyan tak tentu pasal..

Sekarang memang tengah rancak para artis, dermawan dan badan-badan kerajaan dengan NGO's tengah kumpul dana dan pakat buat solat hajat untuk memohon bantuan yang- ESA..insyaAllah berkat perasaan ikhlas, ia akan dimakbulkan Allah, sesungguhnya dariNYA ia datang, kepadaNYA juga ia bakal kembali,.

Di samping itu juga, berdoa juga para muslim untuk kesejahteraan negara kita sendiri bukan hanya dari segi pembangunan lahiriah para rakyatnya, turut juga dari segi rohaniah,.kalau boleh juga beri bantuan sebanyak mungkin walaupun hanya menitip sebuah doa kepada mereka di Gaza..

                              DOA MERUPAKAN SENJATA MUSLIM ~ ALLAHUAKBAR !

p/s : whatever it is, perjuangan mesti diteruskan, wish me luck, last 2 papers left this MON&TUES,. ppssyyaa! !



Tuesday, 13 November 2012

I am BATRACHOPHOBIA

Assalamualaikum , , ,

Semalam, aku ade baca surat khabar ( cerita macam surat khabar tu buku femes je an) Sinar Harian yang harge seringgit tu, in the middle of surat khabar tu adelah sisipan tentang gosip retis, selebriti and dan inti karipap, ehh, intisari rancangan,. dan masa menyelak kertas bertulisan bersaiz semut tu, adelah satu kotak kecil dan ade gambar-gambar retis oversea cam Johny Depp, Orlando Bloom ngan Matt Damon, the story bukan pasai kerjaya encik bertiga tu, tapi pasai fobia yang dorang bertiga ni alami, dorang fobia kepada badut, khinzir dan ular respectively..Khinzir ngan ular tu aku tahanlah lagi sebab aku pun takut even taklah fobia sangat an, but yang part badut tu,.ape ke jantanlah menakut si badut yang hidung kale tomato tu,.tapi kasi lantaklah dia, takut-takut pun dia Johny Depp, ang ade?

rentetan dari itu, baru aku sedaari..jauh disudut hati aku pun ade satu fobia yang aku alami sejak tak lama dulu, dalam tahun ini jugak. AKU SEORANG YANG AMAT TAKUT DAN GELI DAN JIJIKs KEPADA KATAK serta keturunannya,.aku ni memang jenis payah nak fobia or takut pada sesuatu, sebagai contoh, aku penah jatuh jambatan ketika menaiki basikal dan menyebabkan patella aku terkalih dan aku tak dapat berjalan untuk beberapa minggu dan baik selepas diurut dan terapi berjalan. but lepas dan baik sepenuhnya, aku still lagi naik basikal, dan lalu dijambatan tempat kejadian tanpa perasaan takut atau gementar dan banyak lagi la, yang aku pernah ade incident dengan bende tu, tapi aku boleh overcome perasaan sendiri tanpa rasa takut..but, lepas kejadian bersama seekor katak dibelakang rumah, kehidupan aku berubah serta-merta..( la sangat, padahal hidup lepas tu cam biase gaks! )

okey, biar aku berita satu persatu,. suatu malam yang hening..aku kebelakang rumah untuk membasuh baju..bertemankan bunyi cengkerik yang bersahutan..cuaca pun agak hujan rengyai-renyai dan lembap..memang amat menggalakkan para amphibia untuk memasuki ruumah manusia. dengan perasaan yang yakin serta jati diri yang kuat, aku pun keluar dan pergi membuang air bilasan baju yang sungguh banyak buihnya akibat keterlampau memasukkan sabun angkara saya sendiri.. semasa dan masuk kembali kerumah selepas selesai membilas, aku yang sangat peka kepada keberadaan sesuatu di kawasan lingkungan mata ternampak satu figura kecil berwarna hitam dilantai bersebelahan bekas sabun basuh..adakahhhh?

Dengan bulu roma segala dan berdiri aku pantas berlari masuk kedalam rumahh,.jantung berdegup pantas, berpeluh-peluh dan perasaan amat kegelian ketika itu..tanpa buang masa aku terus masuk bilik tanpa memberi tahu sesiapa tentang apa yang aku alami tadi...

Keesokan paginya, perasaan dah biasa..lupa pun ade gak pasal figura malam semalam..ibu aku menyuruh aku untuk mengangkat baju yang telah disidai malam tadi oleh siapa pun aku tak tahu. Ketika mahu membuka pintu, aku telah tersepak sesuatu..dan bila melihat...ianyanya seekor katak puru yang besar dan cukup menggelikan,.. tanpa memperduli aku pantas menjerit sampai rasa nak pengsan. Aku takut dan geli yang terlampauuu! semua yang ade dirumah, pergi ke tempat kejadian..dan tanpa membantu, mereka pun gelak...aku mulalah menyumpah dalam hati,..hampir menitis air mata aku ni, tapi depan dok pakai gelakkan aku, hadehh, sangat menyedihkan..tapi selepas tersepak katak tu, aku terus basuh kaki siap pakai dettol lagi, motif pun taktau ape..ekeleh, katak puru ade kuman kott, kuman geli.. yuckkkss!

since that, aku dengan katak..memang TAKKK lah nak bersahabat baik ke hape,.cukup melihat gambar katak dibuku biologi pun buat aku rasa geli dan meremang bulu roma dan kadang kadang nak nagis sebab geli dan takut sangat..aku bukan nak mengada ke hape, ttapi aku dah takut..nak buat macam mana,..might people say, katak kiut ape..kiut otak anggg, katun boleh cakaplah, cer yang menggerutu cam jalan takde tar tu..comey sangatlah tu kan? memang tak larrhhh!

memula, aku ingat yang ketakutan aku ni bukanlah satu fobia yang memang telah dikaji secara saintifik, tapi memang ade penyakit fobia kepada amphibian iaitu batrachophobia ..semalam adelah search pasai mende phobia ni,. aku ingat phobia ni takdelah meluas sangat, tapi...memang giler banyaklah jenis phobia yang telah dikenalpasti dan ade segelintir jenis fobia tu sangat tak masuk akal . . let me tell you, top 10 list of most extraordinary phobias

1. Automatonophobia - takut pada bentuk humanoid.  
2. Cathisophobia - takut duduk  (acaner ni? makan baring hapa?)
3.   Pentheraphobia - takut pada ibu mertua ( keh keh, kes ibu mertuaku ni )
4.   Demonophobia - takut pada hantu ( takyah fobia pun aku takut )
5.   Eisoptrophobia - takut pada cermin  (orang tak sedar diri )
6.   Pediophobia - takut pada patung 
7.   Agyrophobia - takut melintas jalan   .
8.   Arachibutyrophobia - takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut  
9. Deipnophobia - takut perbualan semasa makan malam   
10. Mageirocophobia - takut memasak 
 ----> yang ke- 10 tu, antara cadangan yang boleh diberi untuk mereka yang tak tahu masak kepada bakal mak mertua.. keh-kehh..





wssalam . . = )

p/s : don't ever talk about toad in front of me , . . . , , ,