anisnabilahblog

My photo
Sungai Besar, Selangor D.E, Malaysia
Fantasy is just dream that never come true . .so, let's just step on REAL stage ! = )

Saturday, 16 February 2013

baking ! =)

Assalamualaikum . .

Hari Sabtu biasanya aku akan menjadi bosan tahap sewel. Like seriously memang blur dan tak tahu nak buat apa. Tapi hari ini aku dah tak tahan nak menjadi bosan dan sewel, so that aku merancang untuk baking ! HEHE. Besides membebel, another B that i love to do the most is baking even sometimes it turn to failure. =( Namun sebab aku ni bersemangat jitu dan kegagalan bagi aku satu bende yang membuat aku rasa tercabar, i keep on trying sampai aku rasa puas hati. Dari semalam aku dah meroyan carik resipi kek coklat bakar dekat internet. Melilau sini sana carik resipi, ada yang simple tapi bahan dia yang takde, ada yang sume bahan ada tapi malas nak fikir sebab adunan banyak sangat. Aku malas nak ambil risiko buat adunan kek banyak dan tak jadi kek tersebut. Tak nak membazir kott, sahabat syaitooon.

Just now, aku godek lagi internet.. desire nak buat kek coklat jadi over the mountain. Tah papetah. Then, i found this coklat cake recipes yang aku rasa best gila sebab adunannya kecil, bahan dia mudah dan senang je nak godak. Barulah cools.

So, get ready alls, coz I wanna share the recipes =)

- 100 gm tepung : can either use self-raising atau tepung gandum biasa. Kalau guna tepung gandum biasa tambah half teaspoon of each baking powder and soda bicarbonat to act as raising agent.

- 40 gm serbuk koko : suka hatilah nak guna brand hape, yang mahal ke, murah ke.. tapi aku suggest guna good quality of cocoa powder. Baru cools

Kedua-dua dry ingredient ni korang ayak bersama-sama dan ketepikan.

-150 gm gula : korang boleh guna castor sugar, dan kalau malas just blend guna pasir kat rumah, gula pasir ye, bukan pasir.

-3 biji telor : kalau boleh guna gred A , and suhu telor at room/temp. Be sure okey.

-60 ml of milk : milk is another liquid dalam kek ni, milk boleh ditukar ke susu cair, atau powdered milk bancuh dalam air, or guna horlicks bancuh pun boleh.

-1 teaspoon of vanilla : guna brand yang bagus ye, jgn beli yang sembarangan.

-1 teaspoon of overlatte : beli kat kedai bahan kek, rupa dia cm kaya but bit thicker dan kale orange.

All the list , korang mix in a bowl. Putar sampai kembang, pastikan kembang. Guna high speed je senang. Make sure gula larut dan telur jadi buih-buih halus.

-50 gm of butter - melt the butter down, pastu sejukkan.

Now, kita mix all the things together to form the batter.

~ Masukkan sikit demi sikit campuran tepung dan cocoa powder tu dalam bowl yang korang putar telur tadi, sampai dia jadi likat dan macam adunan kek. Last, masukkan melted butter yang dah sejuk tadi, kalau suam-suam pun okey je.

Optional, kalau nak zass kan lagi rasa kek ni, campurlah sikir nescafe dalam campuran milk atau any liquid yang korang guna tadi. Oh, aku memang tak berapa suka kek ada topping dan sebagainya if aku buat sendiri kek itu melainkan beli kat kedai. So that aku tak sertalkanlahrecipes for the topping. If korang suka juga, bolehlah tabur ala-ala maje chocolate chips atau chocolate rice, thousand hundred ke, atau apa-apa jenis kacang ke. It's all up to you, your cake, your taste !

To be confirm yang adunan kek tu jadi ke tidak- adunan kek yang aku buat tadi dia tak pekat dan agak cair taapi dia rich. Kek yang bakal jadi tiu akan jadi bit moist dan sedap. Buat apa penat nak mebebl kalau kek tak sedap kan?

Ehh lupa, nak masukkan kek dalam hape ? okey, tu semua terpulang, kalau aku aku lebih suka letak dalam cups, i means no need to wash the loyang dan tak payah nak potong-potong bagai. Dah la tangan ni keras semacam, ada hati nak potong kek? okey lupakan jelah.  Tapi pape pun terpulang kat korang.

Preheat oven for 10 min/ 180 degree. Pastu bake the cake for 20-25 minute/ suhu turunkan jadi 150-160. Pakai api yang atas bawah. Api? haha, jadilah. 

Then, the hardest part of baking waiting the cake sambil mengemas segala malapetaka yang bersepah atas meja. Pastikan kitchen jadi kemas untuk mengelakkan sebarang pembebelan berlaku oleh ibu-ibu anda sekalian.

Dah cerita panjang, kek aku apa cerita? HEHE, sini, aku kasi korang menjamah mata =)

 kalau letak dalm cup cenggitu, dalam 10. Okeylah.. Rupanya agak buruk, akibat suhu yang lupa direndahkan.

Make sure masukkan half je batter dalm cup, sebab nanti dia naik. Kalau penuh, habislah bertumpahan kek anda, *bertumpahan??


senyum, tak perlu kata apa-apa. =)

p/s : kalau rajin pegi cuba, kalau malas.. datang la rumah kita.. nanti kite buatkan :D


Wednesday, 6 February 2013

Lesen Kereta .. YEAYY !

Assalamualaikum . .

Dengan bangga dan penuh rasa bersyukur, saya telah lulus JPJ test yang melayakkan saya untuk mendapat lesen kereta ! kasi tepuk  tangan semua.. yeayyyy ! Sumpah, masih terasa percaya dan tidak sebab aku rasa everything berjalan dengan sangat pantas ! HAHA . It was a great experience yang let me to know more about car and so on. Learning process sesungguhnya process yang tak pernah membosankan =)

Okey, meh sini aku cerita from the start . .

Malam, sebelum aku test memang tak boleh nak tidur. Tergolek sana, tergolek sini dan bergelumang dalam selimut masih lagi tak boleh nak tidur. Then, aku main henset, terus main Subway Surf sampai mata ni mula layu dan tertidur. Malam tu tak mimpi pun, HAHA

Pagi tu pulak, memang berhajat nak bangun pukul 6, early dari biasalah,. tapi entah macammana adik aku pergi set jam dekat henfon pukul 5 dan bende tu berbunyi sampai mengganggu lena aku. Dan terus tersedar hingga pukul 6 dengan perut yang terasa kecut, serta jantung yang macam nak keluar. Keadaan aku sangat menyedihkan ketika itu. Sobssobs ~ *lap air mata sendiri

Tepat pukul 8, cikgu pun ngambil aku untuk ke tempat test. Pukul 9 cenggitu dah sampai ketempat test. Sumpah, ini adalah perjalanan satu jam yang paling sekejap dalam sejarah hidup aku. Nampak sangat gubranya kelautt. Lepas ambil nombor dan dengan pegawai JPJ punya briefing , teruslah test Parkingnya bermula. FYI, parking dia ade tiga bahagian..

1) BUKIT - ini sangat mengerikan, aku almost terkebelang, nasib baik cepat cover. Sensitivity anda amat diperlukan untuk lepas bukit dgn jayanya. HAHAHA

2) PARKING UNDUR - ini mudah kalau kene gaya. kene ikut step supaya tak melanggar tiang2 yang boleh membawa kepada kegagalan.

3) TIGA PENJURU - ini lagi mudah, dan kene cepat ! sebab bende alah ni mudah, so byklah peraturannya, okey, malas nak bagitau , and kalau nak tau.. sila ambil lesen kereta. hikhik :)

Lepas aku dah settle bhagian ni, memang lega. Indeed sangat lega ! Bolehla nak minum sikit sebab baru tahu rasa dahaga.

Then, aku tunggu untuk ujian jalanraya. Ini sadis ! Korang tunggu for several hours, dan korang akan siap ujian jalan raya hanya beberapa minit sahaja. Penat jugaklah nak menunggu, tunggu tu kalau tak rasa pape tu okeylah jugak. Ini dengan rasa nak terkucillah, rasa jantung berdebarlah, perut rasa nak terburailah.. haishh, Lelama fed up dengan perasaan sendiri.

Dalam pukul 2, barulah dpt turn buat ujian jalanraya. Finally ! Almost 4 hours waiting. Time ujian jalanraya, aku rileks je, cuma memula tu gubra sangat sampai handbreak lupa angkat. Yes, memang sangat bongok time tu. Masa memandu tu, aku okey, tenang dan cuma mengngati jalan dan step, dan tukar gear. Cik JPJ tu sangat best sebab dia kasi aku redah tanda STOP tanpa berhenti dan mengangkat handbreak. Haha, nak ceoat punya pasal lah tu. result, aku dapat 17/20 .. okeylah, cikgu aku kate tu commonlah dapat 17 markah.  Aku dpt 16 pun okey, asal dapat lesen. =P

So now, I am happy sebab dah ade lesen for both car and motocycle. Tapi , to be truth.. aku ni seronok amek lesen je, nak membawak motor dan kereta.. rasanya memang malas. Aku lebih suka nak duduk di passanger sit compare to driver sit atas alasan boleh tidur tak tidak akan dipersalahkan jika tersalah jalan. HAKHAK !

Some tips, yang korang boleh buat , jika korang gelabah hebat macam aku.. dan tak mahir sangat nak drive.. dan tak ada kemahiran nak menyelesaikan bahagian pertama yang hade sang bukit dan kawan-kawan -:

1) BERTANYA , do ask cikgu anda on how dan suruh dia demo sekali cara nak buat bende tu. i means like nak membelok, should use what gear, what is the function of clutch and gas pedal. Most people yang baru nk belaja mesti ingat tekn minyak tu untuk kereta jalan, padahl itu untuk lajukan kereta dan clutch yang untuk menjalankan kereta tu. (exept for those yang bawak keta auto, hang lain cerita lah)

2) RELAKS and COOLS , this two things sangat perlu. Tak kira time latihan, or time test nanti. Sila menjadi rileks dan cools, but never be over confident. It will kills YOU !

3)BELAJAR DARI KESILAPAN. no mistake, no learning. Jadi jagn cepat rasa down bila korang buat silap dan salah. Thats normal. people make mistake, and learn from it.

itujelah yang aku rasa the most vital things yang korang kene amalkan. Mungkin hade lagi, tapi cam tak boleh berfikir pulak. HAHA

Then, lepas dah dapat license.. jgnlah bawak kereta macam lipas disimpah sulphuric acid ye kengkawan. Slow and steady je. Be a cools driver and avoid accident ! Okey, Byee ~

wssalam =)

p/s : lambat post entry ni.. aku test 6/2 , dpt nombor, 42, among 4 of my friends, yang ke-2, dan bawak kerata time jalan raya, kereta yang le-2. Afrer all, 2 is my lucky number !! HAHA




Friday, 1 February 2013

Laman Sosial

Assalamualaikum . .

Okey, sekarang ni memang tengah dalam peak time untuk most of all Malaysian berkomunikasi dengan kawan dan sahabat handai serta yang tersayang melalui laman sosial. Antara yang terpaling hot sekali sekarang ni memang twitter, instagram , Skype dan blablabla................

Adakah aku ada memiliki akaun bagi kesemua laman sosial berkenaan ?

Yeah, I did have account for all social network kecuali instagram sebab aku tak suka sangat nak share picture yang aku rasa personal, sikit2 tu okeylah, even my DP for FB pun pakai gamba orang lain, HAHA . . even so, aku tak aktif sangat untuk kesemua social network tu, yang paling aku aktif pun blog dan FB, itu SAHAJA . People might say aku back to ancient, or duduk zaman t-rex sebab tak aktif bertwitter dan ber H-tag bagai, .tapi aku tak pernah peduli, well, membela yang berdua ni pun masa aku selalu habis sia-sia, ni pulak nak bertweet dan sebagainya. Lainlah, aku berdakwah, itu memang dituntut !

Sebab kenapa aku pilih blog ?

BLOG memberi aku peluang untuk aku express perasaan aku, membebel tentang apa yang aku suka, share pengalaman aku beserta cerita yang panjang dan the best thing is, ianya tak terlalu terbuka macam facebook dan twitter dan apa-apalah.

tapi, aku selalu facebooking, WHY ?

FACEBOOK sangat praktikal, bende tu mudah dan senang diexplore compare other social network. Lepastu kalau kita nak chat dengan orang, hanya aku, dia dan Allah je yang tahu. Dan, aku ni memang kuat tersalah eja, so while chatting, kalau ade spelling error ke, takdelah malu sangatt !

So far, aku tak rasa lagi nak involve dalam twitter,. nanti-nanti mungkinlah sebab bende tu FREE , hampeh kan aku.. tak hampeh, it's cools ~

Aku taktahulah kenapa aku malas benar nak tulis entry, terasa nak tulis, tapi bila dan tulis.. otak jadi lembap dan idea jadi lumpuh . Mungkin sebab aku stress pasal ambil lesen kereta yang still tak confident lagi padahal test JPJ mingu depan, kucing aku agak tak sihat, dan adik aku yang  sedang mengalami perubahan hormone, aku memahami kenapa aku stress, tapi aku tetap hamba Allah yang lemah, masih gagal untuk menyelesaikan semua sebab kenapa stress. 

Okey, tu sahaja untuk entry ini, lepas ni jgn gatal nak mintak twitter dengan aku, aku belum lagi bertwitter bagai tu, tak minat lagi ! HAHA, wssalam =)

p/s : menangis terapi terbaik bagi aku . .sobsob ~