anisnabilahblog

My photo
Sungai Besar, Selangor D.E, Malaysia
Fantasy is just dream that never come true . .so, let's just step on REAL stage ! = )

Sunday, 28 April 2013

Matriks bebeh

Assalamualaikum . .

Befor SPM lagi, memang dah kecoh-kecoh pasal permohonan matriks kan? Setahu aku yang tak tahu ni, matriks is the first thing yang aku apply dan disuruh apply kat sekolah.  Mula dengan pegi beli no.pin yang dalam 6 hengget beserta salinan i/c sampai pergi isi borang dan pegi kemaskini. Semua tu dibuat before sit untuk exam.

Aku banyak gila masalah dengan Matrikulasi dari segi kemaskini. aku fed up dan menyampah gila time nak kemaskini permohonan aku. And last, langsung aku tak kemaskini as bende senget tu tak boleh di excess LANGSUNG. Pempaham jelah stress aku camner an. Dahla banyak bende salah isi, memang beranak stress aku, dah boleh buat ladang stress.

Dalam bulan 2 camtu, still tak boleh nak kemaskini even banyak yang kata boleh kemaskini dan so on. boooo. aku kene tipu. padan muka. sapa suruh kau mengarut time isi borang. 

Last, aku redha jela. Dah memang takde rezeki kot aku nak pergi menjadi ahli matrikulasi. Dan aku berharap pada UPU pulak. hahahaha.

Bila dah 25/4/2013. hahahaha. Result kemasukan matrikulasi pun keluar. Ya, i did knew it from begining, berkobar gila pukul 8 dah bukak laman web moe bagai. Tapi, HAMPEHHH. Pukul 4 baru boleh semak. Katanya !

Aku pun tunggu, berdebar gila even dah pasrah dengan matrikulasi dan sedara beliau. Pukul 10, telefon berbunyi , Mak Cik aku yang telefon. Beginilah agak-agak conversation kami yang beberapa saat itu.

Aku : Hello .

Makcik : Hello, assalamualaikum. Anis ye?

Aku memang tak cam suara sapa untuk mula-mula.

Aku : A'ah.

Haha, itu je yang mampu.

Mak cik : Ni Lek Aton. Dah semak keputusan matriks? Rafi dah semak.

nota kaki ---> Lek ialah makcik dalam bahasa jawa, as aku orang jawa, Rafi itu sepupu aku.

Aku : Oh. Keluar ke? Katanya pukul 4.

Mak cik : Taklah. Rafi dah semak. Anis cubalah semak.

Aku : Ha, nanti anis semak. Rafi dapat mane?

Mak cik : Matriks selangor, semak ye. Mana tau dapat sama tempat. Senang jugak nanti.

Aku : Ok. anis semak nanti. 

dan tamatlah. yangg akhirtu aku tataulah aku cakap apa. Sungguh aku dah berdebar tahap gaban.

Tapi, lepas aku buka webpage moe. Takde pape pun muncul. Siap aku guna mesej untuk check pakai sms dan dia amek kedit aku 20 sen, still tade jawapan. Dia kata belum keluar. WHAT THE FISHHHHH !

Pastu aku bukak facebook. Ade status mengakatan dia dapat ke perlis. Macam sawan aku try banyak kali buka laman web tu. FAILURE !

Aku ilek je, aku mesej2 kawan aku and so on. Tanya itu ini sambil selongkar FB mencari maklumat. Last2 aku jumpa. dan aku klik dan aku semak dan aku DAPAT. Whattt? hMM. aku dapat. Tak caya? See thiss -:


Aku dapat Kolej Matrikulasi Selangor. Hoye, hoye.

Aku baca, sikit-sikit. nama, no k/p, program pengajian, kursus, nama kolej. and when it comes kepada tarikh mendaftar. 

PENGSHANNN !

Bukan sebab masa yang tinggal sebulan, tapi tarikh dia sama dengan tarikh parents aku pergi Umrah. 

Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Tapi, aku tetap bakal mendaftar. When there's the will, there's a way. kann? 

Give me a blink please. Thanks sugar !

P/s :  KMS ni baru je masuk 4 tahun. Still young and pretty, samelah cam kitee. *muntah pelangi. =)