anisnabilahblog

My photo
Sungai Besar, Selangor D.E, Malaysia
Fantasy is just dream that never come true . .so, let's just step on REAL stage ! = )

Monday, 15 December 2014

RASA

ASSALAMUALAIKUM.

Sekarang ni peak time untuk student macam aku stress tahap gaban sebab final dah nak dekat. Walaupun orang lain rasa macam lek la wei first year firstt sem pun nak gelabah ke tapi aku tetap gelabah sebab orang yang cakap pun konon je tak gelabah. Gila kau tak gelabah, exam tau dak?Mulalah bila dah stress macam macam aku fikir. Itulah inilah benda tu tak siap, assignment last minit, presentation, lab report, nak register course lagi dengan fikir nak balik rumah lagi, huihhh rasa nak retak segala tulang belulang yang meliputi daging dibadan ku ini, Sumpah scary.

Dan paling tak best bila time time macam ni jugaklah kau baru jumpa senior yang selama ni tak pernah nampak lepastu muka handsome gila lepastu kau tetibe crush on him macam dah takde kerja nak buat. Cakap pasal ni, masa dinner haritu aku telah menggunakan tahap tak malu paling tinggi sekali untuk selfie dengan abang senior yang hensem tu, dan ini juga buat aku stress sebab lepas aku menjadi pemalu semula aku rasa nak tanam muka bawah tanah masa lalu lalang dekat fakulti takut terjumpa senior berkenaan, Nasib baik tak jumpa. Dan biar tak jumpa sampai bila-bila. Kepada abang senior tersebut, good luck LI nanti dan saya menyusun sepuluh jari dekat awek abang kalau dia marah. Sapa suruh handsome sangat. Kah kah

Hari Jumaat ini InsyaAllah aku balik Selangor jap, kata orang nak mintak restu before exam (lol padahal dah homesick tahap gaban) dan kebetulan ada kenduri aqiqah for my newest cousin hari ahad nanti. Disamping boleh jugak aku tenangkan fikiran yang kucar kacir kebelakangan ni dengan menghirup udara segar dikampung walaupun sebenarnya kat Jeli lagi dekat dengan alam sekitar sampai nak muntah tengok pokok hari hari, 

Mula je masuk bulan Disember ni, aku dah macam PM, sibuk uruskan negara sendiri yang dah mula nak economic downturn (tetiba). Speaking of which, habis je bulan disember, maksudnya habis jugak first series ANIS NABILAH AHMAD untuk selama-lamanya, masuk kealam second series yang aku rasa aku tak ready langsung nak adapt diri macam mana. If and only if I can just stay 19 kan ?? Tapi memang mimpi pun takkan dapat punya bro.

Kejap lagi start kelas terakhir Microbiology, ade kuiz pulak tu tapi aku confident je menaip pagi-pagi buta like nothing better to do, kekekekekeke. Wish me luck everybody, and may everything ends well in 2014 and have a great start in upcoming 2015 soon.

Bye :)