anisnabilahblog

My photo
Sungai Besar, Selangor D.E, Malaysia
Fantasy is just dream that never come true . .so, let's just step on REAL stage ! = )

Thursday, 31 January 2013

YA HANANA ( betapa beruntungnya kami )

Assalamualaikum . .

Salah satu strategi yang digunakan untuk menarik, lebih ramai umah Islam melazimi lidah dengan zikirullah dan ucapan puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah dengan menyatukan muzik yang lebih mudah dan indah didalam zikir tersebut. Macam sekarang ni, aku rasa Hafiz Hamidun , dan ramailah lagi artis-artis nasyid tengah berkobar-kobar menarik ramai orang Islam untuk menyintai zikir.

Aku rasa, korang pun pernah dengar kan Qasidah YAHANANA, ? aku cukup suka betul nak dengar Qasidah ni. Tenang dan sedap didengar untuk halwa telinga. Terapi yang bagus jugak kalau kita tengah stress ke, ada masalah kronik ke.. dengan izin Allah, semuanya akn kembali normal. :)

Aku pun bukan nak cerita panjang sangat, aku ni sangat kerdil untuk bercerita tentang agama, aku masih lagi cuba dan terus mencuba untuk lebih mendekati dan menyintai dan paling penting mengamalkan Islam secara PENUH ! 

So, aku harap korang enjoy dengan video ni . .

it's will keeps on play on your mind, trust me.. yahanana, yahanana, yahanana . .



p/s : adik lelaki yang ketuai qasidah ni sangat talented . . and look, he use ipad to read the lyrics =)

Sunday, 27 January 2013

PASTA ~

Assalamualaikum . .

Sejak bebrapa tahun lepas, aku memang suka menonton drama korea yang sekarang rata-rata perempuan kat Mesia ni dah mula gilai. Aku ni taklah penonton tegar drama Korea sangat, kadang-kadang je, kalau nak hiburkan hati yang lara ni. Macam sekarang ni, sebagai penganggur sebelum menyambung belajar, aku ada banyak masa yang kosong. Selain fikir pasal UPU, ambil lesen kereta, aku jugak sempat surf internet dan menonton Drama PASTA !

Untuk kali yang kedua, aku kembali menonton drama ni sebab cerita dia sangat sweet. Okey, memang tipikal drama korea semua sweet-sweet sampai kene kencing manis, i knew that, tapi this drama story line agak berbeza compare yang lovey dovey punya cerita macam To the beautiful you . Drama ni memang ajak kita untuk berfikir lebih dalam tentang cinta. Tak semestinya, kalau ada orang yang perfecto suka dekat kita, kita akan terus pilih dia,. malahan kita akan lebih suka dekat orang yang selalu buli kita, suruh kita itu dan ini supaya kita boleh belajar.

aku tak berani nak gerenti korang mesti suka cerita ni sebab aku suka jugak, yelah taste bud masing-masing kan berbeza, aku cuma nak share apa yang aku suka dan keeps on play in my mind. Tapi kalau korang nak testing, i mean nak cuba try tengok cerita ni, pergilah ke dramacrazydotnet untuk menontonnya secara percuma dan kalau suka, teruslah download, juga secara percuma. Terbukti sekarang, aku memang suka bende percuma, hello? sapa je yang tak suka?

Oh ya, hero dan heroin dia taklah korean superstar pun, dan muka taklah hensem / cantik sangat. Tapi, lelaki dia nampak smart dan yang perempuan dia nampak cute. Imaginelah how they suit each other so well.


 
 YEA CHEFF !

wssalam =) EGO ITU MAMPU LUMPUH DEMI CINTA . .

p/s : cerita ni published kat MBC tahun 2010, but never too late for all the newbies . .

Friday, 25 January 2013

Roo-Ro

Assalamualaikum . . .

Kenapa macam hari-hari kau kene undate blog ? kenapa ? ? ?

Jawapan - no longer exist 

Semalam, what i've been wait for month is finally come to my house . Maybe, kalau tak jadi datang, aku akan rasa sedikit kesal, dah jugak menyampah sebab aku dah berangan setinggi bintang diangkasa lepas . Tapi, dah memang jodoh aku ada dengan dia, dia pun datang kat rumah aku.Bertambahlah lagi ahli keluarga aku yang tak berapa nak besar ni.

Warm welcome from me and family dear Roo-Ru : )

pandangan tajam, ingat comels la tu ?

Umur dia dalam 6 bulan macam tu, muda lagi macam aku.. okey, tak lawak !

Kucing ni boleh dikatakan mega sizelah sebab dia jantan, badan dahla besar, tambah lagi bulu dia yang panjang sebab dia baka persian. Sekarang ni masih lagi sesi orientasi bersama aku dan keluarga , but dia dah boleh nak cop together. Aku ni memang takda langsung pengalaman selain minat dalam nak jaga kucing ni, so aku nak trylah macam mana disamping nak gain some knowledge pasal kucing. Memang kita boleh gain knoledge dengan membaca artikel pasal kucing dalam internet mahupun buku, tapi kalau rasa sendiri pengalaman tukan lebih baik.

Sekarang kucing ni masih aktif bermain, tapi waktu malam. Siang-siang macam sekarang ni, kerja dia membuta bawah kerusi. Aku rasa dah sejam lebih dia tido, tak terasa langsung pun nak bangun makan ke, minum ke, main ke, dasar kucing Pemalass!

Still fresh in my mind, malam tadi aunty aku datang nak tengok Roo-ro , dia bawalah sekali her three kids , Jaja, Haziq and Yasmin. Remember masa aku jadi babysitter tu? dorang-dorang tulah. Apa yang bestnya, Yasmin tu sangatlah takut dengan cat , masa first datang tu memang duduk atas pangku jelah, pangku siapa? ikut suka hati budak kecik tu la nak duduk kat pangku sapa, aku ke, mak dia ke, adik aku ke, yang penting dia dan kaki dia jauh jari Roo-ro. Tapi lepas sejam macam tu, dia dah beranilah sikit-sikit kononya, time abang dia (Haziq) acah-acah Roo-ro pakai lidi yang ada kertas, dia pun buat jugak, tetiba Roo-ro terkam lidi tu dan dia terus lari dekat aku yang duduk atas kerusi. Mulut dia kumat-kamit , ntah apa-apa dia cakap,. yelah baru 1 tahun lebih, mana tahu cakap lagi. Dia ikot bahasa alien dialah. Sangat lawak kalau diingat balik, dia lepas tu melekat dekat kerusi, tak berani nak turun dah.

Some tips maybe, entahlah tak berani sangat pun nak kasi tips kejadah ni, yelah  tak sampai seminggu pun jaga kucing dah nak kasi tips pulak. Ehh, ade had masa jagaan kucing ke nak kasi tipss..? ewahh

 basic needed for cats -->

1 ) Pasir untuk najis kucing ; ini penting, sebab kitaknak kucing kita poopo rata-rata tanpa haluan, also to avoid bau najis kucing tu merebak keseluruh rumah. Pasir ni jugak, disertakan dengan some fragrant,. let say apple, orange, lemon.. so pilihlah buah kegemaran anda !

2 ) Makanan kucing ; mestilah kucing sangat memerlukan makanan. Korang pun makan tetiap hari, inikan pula si kucing itu. Pilihlah yang korang rasa sedap, maksudnya bacalah menu kat paket makanan kucing tu, jangang pulak dok makan makanan kucing tu, mentang-mentang bentuk dia agak menarik dan rangup cam biskut famous amos.

3 ) Air ; okey, kasi je air masak biasa, takpun air tapis. Tukar air tu secara berkala, sehari sekali tukar pun boleh. Jangan pulak kasi air sirap, atau ribena. Susu pun jangan, sebab dia dah besar. Melainkan susu untuk kucing. Susu lembu tu makan beracun untuk kucing. INGAT !

4) Tempat tidur & mainan :Yang ini, suka hatilah korang nak buat dan belikan apa. Yang penting kucing tu selesa dan seronok bermain.

5) okey, ini meliputi sikat, sembur kutu dan syampoo untuk kucing mandi. 

Kucing rumah ni agak tak aktif, dorang lebih suka tidur dari merayap, kalau merayap pun nak pegi mana kan ? HAHA.

oh ya !, lastt neede for cats . . iaitu LOVEE. ! Apsal ? ingat korang je perlu kasih sayang, rindu2 semua tu, kucing pun nak jugak tau. Kalau boleh belailah dia selalu, layan dia baik-baik, mandikan dia, potong kuku dan semualah perkara-perkara yang boleh mengeratkan kasih sayang antara anda dan si kucing.

wssalam : )

p/s : tidur siang, pastu malam sibuk kacau aku tidur.. sukahatilah Roo-ro. asal kau tak lari rumahh ! LOVE YOU ! <3




Thursday, 24 January 2013

bila dah tak betul . .

Assalamualaikum . .

First of all, before start membebel, aku nak ucapkan Salam Maulidulrasaul tu all muslim all over the world . Keeps on selawat to our beloved Nabi Muhammad . . =)

ALLAHUMMA SOLIALA SAIYIDINA MUHAMMAD

 

 

Tadi, aku pergi latihan memandu, yes, i am getting the car license soon, insya-ALLAH. And, it is not a life if we don't facing such a problem, tapi, bukanlah aku yang bermasalah sekarang ni, but my kawan, might be say BFF kat sekolah dulu, and she is hardly can be understood.

Masalah timbul is between she and the driving teacher. *Name is prohibited to be mention. Dan masalah berlaku bila my friend tu adalah timbulkan sedikit kecelaruan time membuat latihan memandu. Oh ya, she's taking both car and motorcycle license so there is two choices la kalau dia kat sekolah memandu tu. One day, the driving teachers have arranged la jadual for her untuk diikut, ; which is berlatih bawak kereta, means buat parking and so on , tapi this girl keeps on trains dia punya cara membawak motor dan cikgu tu pun jadi benganglah. FYI, sekolah memandu tu quite far from our house, takes about one and half hour jugak nak sampai, so kenelah betul-2 manfaatkan masa tu, then she's ended up the traning only on riding the motorcycle. 

Sebab hal diatas, depa berdua sekarang on a conflict la jugak. Lepastu pulak , this cikgu buat onar dengan tidak meletakkan my friends dengan kawan-kawan dia yang use to be with her during the training dan diganti dengan ANIS NABILAH, yess,.  She did ask me about my training for today, memanglah ade, tapi cikgu tu kata takde sebab dia cuti, then dia bagilah tahu aku, then aku ingat memanglah takde sebab harini maulidulrasul, rupanya it's only a trick from the cikgu memandu tu untuk avoid my friend to follow us pergi training, Tapi, dia akhirnya tahu atas sumbangan maklumat dari friends dia yang berdua lagi tu.

Her friends told me that , dia bengang sebab kene tipu.. but aku rasa itu salah dia sendiri. Well, everything happens with a reasons. Cukuplah satu masalah kita buat, the masalah tu akan datang balik dekat kita. Dalam kes ni, aku taklah nak tuding jari dekat kawan aku tu, she's my friend pun, but , dia kenelah jadi matang dalam bab-bab macam ni. Dia patut tahu yang tujuan asal dia even it is only belajar memandu, as long as you working with others, kita kene jugak consider bende-bende yang kita kata remeh dan picisan tu.

So far, cikgu memandu tu akan place kawan aku tu with other two boys. In other hand, yes aku rasa simpatilah dengan dia, aku pun rasa happy jugak kalau dia ada sama-sama dengan aku time training, at least ada kawan nak sembang and share apa-apa yang patut di-share, but niat utama aku nak ambil lesen, so the second thing tu, we put at secondlah.. kene jugak utamakan bab memandu tu. Aku bukanlah nak kata aku bagus, tapi aku lebih suka pentingkan diri sendiri dalam hal ni, it all macam kita study kat sekolah jugak, even we study together, takda siapa yang berani memegang janji yang kita berdua tu boleh jadi pelajar cemerlang. it all back to our intention dan usaha kita SENDIRI. 

Lepas ni aku harap, all this petty thing dalam di cleaned up secepat mungkin. Tak jadi kudis pun kalau lupakan perkara yang lepas, poeple makes mistake kan,..=)

okey, thats all . . mata penat, nak tidur . .wssalam ^_^

p/s : i know i am not a good friend , but still trying to be so . .

Tuesday, 22 January 2013

isi borang upu . .

Assalamualaikum . .

3 minngu lepas, aku baru beli no. upu kat BSN dengan harga 10.60 yang dibayar oleh my aunty. (haha) . Then, dah dapat tu surelah kene isi borang online untuk permohonan university pulak. Ade yang kate, better isi lepas dapat result, the the other half kate baik isi awal-awal, the baru kemaskini balik. Jadi aku pun isilah awal-awal atas dasar suara majority kawan-kawan.  Aku ni dah la takde pengalaman, and the worst thing is takde yang boleh nak guide aku untuk isi kejadah borang tu. Time isi maklumat diri ngan parents tu, memanglah boleh laju semacam je, then lepas nak isi hal-hal bidang pilihan, lepastu kene pilih program pengajian pulak.. main-main mata je dengan screen lappy sebab bingung tahap nak meninggal. 

Nasib baiklah on that time ade kawan yang sudi membantu, ex-classmate is online kat fb, so aku kerah dia untuk bantu aku. HAHA. Tapi sebab bidang yang aku minat, which is i wanna be a vets, tu macam tak sama cam dia yang nak jadi doktor manusia tu, aku kene jugaklah meminta tunjuk ajar ku siput sedut dengan encik GOOGLE yang memang sangat banyak jawapan yang terhidang. yeehaa =)

okey, to be honest.. aku memang seorang yang impatient and never tolerated dengan something yang slow motion ni, and aku pun bukak hampir 4 tab of google searhcing for article yang boleh bantu aku yang buntu ni. Then I found this little worrdpress yang sangat membantu aku dan ia kepunyaan seorang veterinar yang sangat helpful. I go through wisely his post dan juga Q&A yang ade kat bawah entry dia dengan all the readers and also the step to become a vets dan semuanya. and i am very happy. so then, baru aku sedar dunia ni taklah kejam sangat untuk aku yang takde sape nak guide untuk masuk university ni.

so far.. yang aku bidang yang aku pilih ialah -;

1. Farmasi - sangat takde idea why i choose this coarse.
2. Sains Kesihatan dan bersekutu - nak jadi doktor kene pilih ni kott , ntahh laarr..
3. Pergigian - once, aku memang bercita-cita nak jadi dentist, sebab it'all about teeth, tapi i prefer    animals health care more now, jadi aku pilih pergigian maybe if aku tak dapat vets, dapat jd dentist pun okey, even i will feel sooooo SAD !

lepastu, program pilihan pengajian pulak ;-

1. Asasi sains hayat di UM
2. Diploma kesihatan haiwan dan peternakan di UPM
3. Diploma pertanian di UPM
4. Asasi sains fizikal di UM

okey, untuk yang ni.. hati aku ni sangat memberat dengan yang no.2 sangat-sangatt ! for remaining three tu aku cam nak dan sangat tak nak. kalau boleh, aku nak isi all 4 blank tu dengan Dip. kesihatan haiwan je semua, but sadly I can't.

for those yang seperjuang dengan aku, hehe.. chill je korang. if korang ade masalah cam aku, DO ASK people around you. bab-bab camni, seriously banyak kene guide dari orang yang ade pengalaman, and yang paling penting, do discuss dengan parents korang. aku rase lebih senang kalau dah discuss awal-awal dari pada end up bergaduh dengan parents sebab they want you to become like what they want. macam aku ni, aku ade kebebasan memilih yang mutlak, so it's all up to me nak pilih apa, tapi tetap jugak susah nak buat pilihan.

korang jugak kene ade minat, minat tu tak dalam pun takpe, asal ade minat. itu yang penting. lepastu, buat kajian dan ambil tahu perihal bidang yang korang minat tu. Kalau rasa tak boleh bawak ke, ape ke.. cuba carik yang lain. Masa tunggu result ni masa yang paling sangat sesuai untuk berfikir pasal masa depan. Masa kita yang separa limited dan tidak ni, korang gunakanlah sepenuhnya. Janganlah nak fikir yang depan mata je, masa depan yang sedang menunggu ni perlu jugak nak difikirkan. 

lagi satu, if korang dah beli no. upu ni kat BSN, but bile nak isi borang, rasa cam tak confident je result tu cannggehh kan, . aku nasihatkan untuk isi je borang tu dulu. kalau setakat rasa-rasa ni, korang ignore je, yang penting inisiatif dan langkah pertama untuk membina masa depan tu dah korang lengkapkan. Aku pun tak confident result jadi elok sangat, tapi who knows kan?

last, bila dah isi borang tu, print out lar permohonan tu, simpan elok-elok.. nak frame pun boleh,. okey tak payah frame, HAHA. Kalau nanti lepas dapat result nak kemaskini balik, you may do so, tapi hanya tiga kali, 1, 2 , 3 kali je tau. dan setiap kemaskini yang korang buat, print yang baru dak konyok yang lama. if tanak membazir, yelah sayangkan bumi dan bencikan pembaziran, save je dulu document tu dalam folder,. then kalau dan  okey semuanya,. baru print out  . .

aku harap, semua pemohon uni SPM 2012 akan berjaya menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya dan langsung dapat memajukan lagi Malaysia terchenta ni. Tapi kalau dapat majukan diri sendiri je pun dah okey. asal jadi orang yang berguna dunia dan akhirat. Alright frengg? 

dah-dah, itu saja info yang boleh di-share untuk pertama kalinya. bye2.. wssalam :)

  untuk memohon ke ipta tekan SINI 

untuk semak markah  koko tekan SITU

p/s : credit untuk fb freng yang sudi menge-share maklumat,. korang memang TERBAEKK !


i love encik GOOGLE !

Saturday, 19 January 2013

masak - masak

Assalamualaikum . .

beberapa hari lepas, jiran aku ade kasi seplastik sesuatu berwarna ungu. little 7 years old boy tu cakap it was some manggis from his fathers kebun dan dia terus letak atas meja makan kat dapur. my mother taklah tengok balik bende alah tu, the she just trust it was a manggis.

the next day, my aunty did come to just greet us dan masa dia nak balik ke rumah, my mom said to her --->

alang, tu ade manggis atas meja.. jiran kasi, makanlah..

 

dia pergilah kemeja makan, dan lepas buka plastik merah tu, 


ini terunglah, bukan manggis..

 

mom is quite blur at that moment, then burst out of laugh . . never ask what was i reacted =)


lepas belek-belek, itu ialah terung yang jenis bulat tu, ya, it do looks like manggis pun kalau sekali imbas, and maybe that what was the little 7 years old boy saw. 

then, aku pun tanyalah ibu,. nak buat ape with those almost 8 eggplants alltogether, nak buat pajeri? okey, takde sape yang akan makan pun. well, kalau korang pun, did you all eat eggplant? bagi aku, aku lebih prefer makan kubis je, texture eggplant tu kan cam quite lembik and also macam liat nak gigit and apa-apa yang berkaitan. and aku terus berhenti berfikir.

masa hari ahad, my mom macam biasa, dok kelentung-kelentang kat dapur dia, and i suspect that she is frying something that covered with batter that she made herself. aku ingat tempe ke, well, orang berdarah jawa ni memang suka makan tempe tu.

but, it was not what am i been thinking, it was that eggplant deep fried covered with batter. okey, sangat pelik, but it do taste great.

so, esok.. i asked my mother to goreng the terung again and i watch all the steps. it was soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo easy measy coklat baseyyy..

dan ini, resipi dia . . .

batter :-

-tepung gandum
-bawang kecil
-garam
-air
-sikit je minyak(dlm batter)
 -minyak banyak (goreng purpose)

dan terung yang bulat tulah, tapi kalau nak guna terung yang panjang cam hidung gajah tu okey gak  . .kot..

sukatan untuk all those bende2 tu, ikot berapa slice terung yang korang ade. yang aku buat, just 2 bji terung tu.

5 sudu tepung gandum, sebijik bawak kecil ( tumbuk halus), sikit garan, (rase), air ikot concentration, dan minyak tu a drizzle je pun cukup. dan terung, slice dalam 1cm camtu.. dan maybe legi nipis kalau nak bajet2 keropok terung. BHAHA = ='

TAKE NOTE !

masa adun batter, air yang korang gune tu tuang je semuanya dan baru gaul. never buat cam taruk air sikit-sikit, the tak cukup taruh lagi.. no no no, tu akan menyebabkan batter tu jadi tak rangup.

baking is science ! - BUDDY valastro

then, bolehlah korang celup dan goreng dalam minyak yang banyakk !

aku tahu, takde gamba contoh dan sebagainya, sebab bende tu dah lama buat, and just now dapat idea nak share kat belog, SORRY for that.

i prefer this kind of snek untuk those yang craving untuk something yang baru. and tak juga prefer untuk sesiapa yang tengah ber-diet. you know kan, eggplant ni absorb minyak, so faham-fahamlah ye para pen-diet sekalian, .. (sangatlah menunjukkan aku ni ttak berdiet walaupun dah gemuk )

okey, hope resipi ni membantu para para pembuntu yang nak cuba resipi baru dan teknik membuat batter yang baru mungkin. jyeahhh! GOOD LUCK GUYSS ! wssalam =)

p/s : cicah dengan sos keropok lekor jenama UMMI,  memang superbb !


Monday, 14 January 2013

apa yang lelaki sukaa . .




Assalamualaikum . .

Semalam aku ada chat dengan ex-classmate aku tahun lepas dan sebelumnya. While chatting tu, aku ade tanya dia sesuatu..

Lelaki memang tak suka eh, awek dia puji lelaki lain depan dia ..


Then he replied ;


A’ah . . lepastu nanti lelaki tu merajuk, pastu mintak awek dia pujuk.


Lepas tu dia kata, kalau dia, dia tak kesah..awek je pun katanya. Lepastu, terus dia membebel pasal perempuan yang lelaki suka. It’s like, cirri-ciri perempuan yang lelaki suka, fact katanya..fact ke, fake ke,. I don’t know . . aku akan bagitahu apa yang dia senaraikan, ada tiga kesemuanya but aku bukanlah setuju dengan all the fact yang dia kasi tu, I’ll be describe lagi fact-facts yang dia kata tu mengikut sisi aku sebagai perempuan pulak, it’s not me untuk mengikut segala yang dia kata semata-mata nak diterima semua lelaki.. what the crap !

First thing yang dia kata ialahh ;-



1.      Lelaki sukakan perempuan yang peramah


Peramah tu katanya macam kalau lelaki tegor, kita senyum.. jawap apa yang dorang tanya. Dan blab la bla..

Well, bende ni sangat bertentangan dengan prinsip aku, kalau akulah, adalah langkah selamat untuk diambil dengan ignore je sebarang pertanyaan, bunyi2 cm tikus mondok tu dan sebagainya. Tapi kalau senyum tu mungkinlah boleh dibalas, tapi alang-alang kan.. tak payah pun takpe. Membalas senyuman bukan wajib macam jawap salam pun.
Kesimpulannya, aku tak setuju dengan perkara ni, maybe sebab tu ramai lelaki menyampah dengan aku, ala tak kesah..well, the really gentleman, dorang won’t do such a crap thing macam tu pun, so tak menjadi kerugian untuk ignore je lelaki2 demikian.. haha,

Okey, fact yang kedua . .


2.        Time tengah text, lelaki tak suka perempuan response sikit2.

Contoh cam, dia tulis panjang2,

(bdfurgfiyhjjbvdhdfvhsfeu;fiekhvfhdfbvdkbfdkjbgkdbnfmcbvhjfkjbdfkjbvdkjbvkjfbvkjbfkjvbgjkrgml;pa;lkeiome c cvvb)

Dan girls tu pulak jawap ;

(hfgtsvsj)



Bagi fact yang ni, aku rasa we, girls pun tak suka lelaki yang response pendek-pendek. Kiranya boys and girls ni di situasi yang sama, really need other side attention la katanya. Tapi, most yang aku jumpa, lelaki yang suka reply pendek-pendek. Dah la lame, pendek seceot lak tu. Memang sangat sengal. Tapi masalah ni happens to para-para yang bercouple sekalian jelah, kalau dgn kengkawan, dorang tak mesej aku lagi bagus, jimat kredit aku.

Kesimpulannya, untuk fact yang kedua ni,. Aku setujulah kot. Whatever it is, to get the good response, atau dilayan dengan baik, kite juga patutlah layan orang lain dengan baik. Cuba jelah imagine, kita reply text orang cuma ‘k’ ‘iye’ ‘ ooh’ tapi, nak orang mesej kita berjela. Tak dapat la derr.. what you give is what you get back . .=)

Last thing yang dia kata ;-


3.       Lelaki tak suka perempuan yang bajet comels

 


Aku rasa perempuan pun tak suka perempuan yang bajet cute ni, well, jadi diri sendiri pun dah cukup. Fact yang sebenar ialah, comel tu subjective..dan semua manusia kat bumi ni adalah comels belaka mengikut mata-mata yang memandang. They said- Aaron Aziz tu hensem, but aku kata—okeylah, takdelah hensem sangat.. see? That the different. Soon, bila kita dah kahwin, kita akan rasa husband kita paling hensem among the others, walaupun orang lain tak rasa macam yang kita rasa. Kuasa hati tu sangat kuat untuk menipu mata. Haha, terimalah hakikat ni, and be yourself. Mungkin ada juga orang yang betul-betul cantek dimata semua orang tapi taklah semua rela tengok dia for the long hours. Perasaan menyampah pulak akan terbit lepas tu. Its like that, ALLAH tu kan adil, .

So, dah cukup 3 facts yang dia bagitahu aku semalam. Dan lama-lama baru aku terfikir, fact ni untuk diri dia sendiri atau memang fact for majority of men, entahlah. Tapi same jelah kot, tapi aku rasa cirri-ciri lelaki atau perempuan yang baik tu is a second thing lepas kita betul-betul suka someone kan?, tu lah sampai orang kata kentut bau biskut coklat famous amos. Yuckkks !

Tuje untuk entry kali ni, well aku akan dig lagi cerita dan fact dari budak tu, he’s seems got a lot of experience handling and facing some conical love nonsense  dengan perempuan, dia memang ramai kawan pun, so tak lah pelik sangat kalau dia tahu banyak bende kan. Hehehehe =)

Bye, wassalam . .

p/s : lelaki ni demand tinggi, ego lagilah tinggi..macam dorang bagus sangat.. haha J

Tuesday, 8 January 2013

me and the sister

Assalamualaikum  . .

aku hanya ada dua beradik, aku dan adik, dah kami berdua ialah perempuan. antara soalan yang sering menjadi persoalan orang ramai bila bertanyakan bilangan adik-beradik aku ialah --

' dua je ? , tak bohsan ke? '



untuk berkata jujur, kadang-kadang memang bosan sebab teman untuk bergaduh dan bercerita dan sebagainya adalah SAMA ! tapi ,  most people tak tahu yang kalau berdua ni je, rahsia dia, adalah rahsia kita dan vice versa, so takde istilah ' kau bocorkan rahsia aku dekat dia ' dan sebagainya.

lagi satu tanda tanya yang sering diajukan, lebih-lebih lagi time sekolah dulu, dan aku baru pindah pulak tu, secara paranoidnya kengkawan baru itu berkata -;




' mesti kau selalu dapat yang kau nak kan? yelah adik beradik dua orang je.. tengok aku 5 orang tahu?'



 angguk tak, geleng pun tidak, . mari kita berbincang..

aku selalu dapat apa yang aku nak? fyi, ibu aku bukan ibu yang terus-terus say yes, if aku nak apa-apa yang berada didepan mata compare to my father, (cuma ayah tak belikan aku petss je atas alasan2 tertentu) . mungkin sebaba itu mulut aku hanya meminta sekiranya jika barang tu penting, lets say cam laptop nih, i ask it dan my ibu akan process dulu permintaan itu, oke, kenapa aku tak minta dekat ayah? sebab ayah aku sangat membenci gadjet yang mebazir bukan sahaja wang, tapi juga masa, sebab itu dia langsung tak nak dengar lagi-lagi nak mintak tukar telepon, dia kata ;-

' fungsi sama saja dengan nokia 3310 tu, untuk call dan text je, '


'taklah yah, kalau pakai yang touch screen tu, boleh main tenet'


'internet kat laptop tak cukup ke?'


*spechless ( baru sedar aku memang tamak haloba)


sebab tu aku taklah setuju sangat kalau orang kata, aku boleh dapat apa yang aku nak dengan mudah, bukan, aku kene work for it, macam get flying colour result, or cleaning the toilet, moping the floor dan always keep the bed in proper condition,. dan tu pun tak mesti dapat, after few weeks consideration, barulah keputusan keluar, between yes or no untuk my mom buy what i desires terutamanya gadjet. and this , thats my mom and father always said to me . .

' kalau nak lebih-lebih, belajar kasi molek, kerja yang elok-elok.. time tu belilah apa yang kau nak, ibu ayah tak mintak apa-apa pun . .'

ended up, i cry below the pillow

besides, me and sisters have a weirdo habbit which kiteorang boleh gaduh dan berbaik semula, in a blink of eyes. air kan kalau dicenceng memang never dies kan? (cantek peribahasa hang? ) so, kalau bergaduh, biarpun sampai memangis, we never let it happen sampai berbulan, lepas dah habis marah tu, terus boleh sembang sama-sama pasal kpop la, cerita drama la dan sebagainya. maybe we just have each other, so lebih senang nak give and take for own good . kalau tak, maybe aku akan bercakap dekat katil dan adik bercakap dengan kerusi. dan dua2 masuk hospital gila.

sometimes, those people yang tak tahu perangai we both yang pelik ni, maybe dorang akan kata,



' nauzubillah, buasnya adik beradik ni '

 


well, tak kenal maka tak chenta . .so, aku tak kesah orang nak kata apa, they wouldn't help in any ways pon.

berdasarkan berita aku diatas, macam aku gembira saja adik beradik berdua ni kan? yess, i am happy. tapi dulu mungkin tak sebab waktu kecik, adik aku agak lembik dan manja dan dia memang pandai capture attention orang. also, dulu baju aku dan dia sering sama pattern dan colour, kalau tak pun, warna lain, pattern memang sebijik. tak boleh terima betul.

but now, aku dah okey dengan adik, cuma bab baju kale  dan pattern same tu memang aku takleh nak kompromi. cuma kalau raja je, sebab nak sedondon punya hal, pakailah baju kale same, dengan pattern yang BERLAINAN .

sebenarnya, adik beradik ramai ke, kurang ke..bukan menjadi satu masalah untuk menjadi happy family..it just a number of people, adelah advantages dan disadvatagesnya.. aku pernah jugak ada adik beradik ramai, (friend-siblings) dan sangat best sebenarnya, we shared a lot of thing together dan lebih banyak cerita yang boleh kita dapat, and also a protection from a brother to his youngest. dalam kes, aku aku yang kene protect adik aku, kehkeh.

yang paling penting, sayangi semua orang yang berada disekeliling kita, kalau nak rasa disayangi . .

 i love you ~ ~ <3

p/s :  bergaduh itu berterus terang *wink2


 

 

mari berlatih . .

Assalamualaikum , ,

Semenjak jadi pengaggur kehormat dan menjadi pembantu rumah tangga sementara, kebosanan memang sering melanda diri aku yang memang tersangat bosan ni. Jadi, aku banyaklah cuba buat sesuatu yang mungkin boleh menghilangkan rasa bosan dan membantu aku untuk gain knowledge yang memerlukan satu masa yang panjang untuk memahirkan dan takkan aku dapat buat bila dan further study nanti.

antara aktiviti yang SUDAH aku buat ialah macam belajar menjadi rajin. Aku memang sudah sedia maklum dengan perangai M yang memang tahap petala bumi yang ketujuh, itu memang tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana ahli pembangkang. Aku tahulah perangai sendiri yang memang tak berapa nak bagus ni. *noob so, apa yang aku cuba buat ialah mendengar kata ibu bapa dan membuatnya dengan pantas, kalau tak pantas pun asal bende tu siap. contohnya macam siang ikan . oke, hari-hari aku memang kene siang ikan, dulu aku memang menyampah untuk siang ikan sebab aku akan tak lalu makan lepas tu dan aku memang tak boleh berdiri terlalu lama or otherwise pengsan dan mungkin hilang ingatan (hiperbola lebeyy) tapi, demi menjadi seorang perajin, even ayah belikan aku 24 ekor ikan pun aku rela menyiangkan tanpa menunggu malam. aku siang siap goreng okeyy..tengoklah..rajinkan? ^-^

selain rajin menyiang ikan dilautan, aku rajin juga balik ke kampung.. my atok died last week, so memang aku akan selalu balik kampung yang berkisar hanya 4 kilometer dan tak terasa jauh langsung jika menaiki kenderaan ringan atau berat. NAMUNN, aku masih lagi malas jika berada di kampung, mungkin sebab nenek aku yang terlalu rajin dan mak cik aku yang selalu suruh aku teman anak dia main dan tidur berbanding ibu yang memang pantang melihat aku membuta lagi-lagi waktu petang. haha =) niat aku balik kampung memang untuk cheer up my nenek sebab she feel very sad even dia tak menangis depan aku, but korang fahamkan how my nenek feel bila dia dah hidup with my atok for more than 50 years dan he's gone after suffering unknown disease for 5 years..mestilah dia sangat sedih tapi tetap ikhlas dengan pemergian tu..tapi if you ask me aku sedih ke tak, yup i am sad tapi taklah sedih sangat sebab daripada dia menderita, better aku ikhlaskan dia pergi menghadap Ilahi, i did cry like others..but i am very okey now.. (al-fatihah)

i think aku dah macam okey untuk menjadi rajin, other things yang mungkin aku kene berlatih lagi untuk aku master ialah rajin membaca.

membaca dulu PERNAH menjadi hobi aku, tapi sejak aku asyik baca novel cinntan dan kurangkan buku ilmiah, aku terus malas nak membaca dan sering memilih story line compare to my old version of anis yang suka membaca tak kiralah apa juga jenis buku. so, now i think i HAVE to menjadi anis yang macam dulu, yang membaca untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk kesenangan perasaan semata-mata. so, aku harap sangat niat aku ni dipermudahkan, maybe korang boleh suggest atau lebih mudah hadiahkan je aku buku-buku yang best untuk aku baca. haha (banyak cantekk muka hangg )

other things yang aku teringin gile nak buat ialah membela haiwan peliharaan. i do want a pet ! once aku pernah ask my fatherlah nak seekor hamster dan rumahnya dan aksesorinya yang kiut miut but father said back to me - :

 

 ' nak bela tikus buat apa? bende tu merosak padi tahu? lagipun ramai dah kene kencing tikus dan mati '



walaupun mulut hampir berbuih menerangkan hamster tu adik beradik je dengan tikus, tapi lain..aku tetap tak layan dan akhirnya aku menyerah dan bertukar kepada haiwan lain pulak, iaitu KURA-KURA yang petite tu..yang lambat besar tu . .
 but this was my father response to me -: 

 

' mahalnya sekor sampai 6 hengget, dah la kecik macam batu sungai saja, lepastu asyik nyorok dalam cengkerang dia . ini kalau kumpul lagi 4 hengget baik beli kepsi, kenyanglah jugak,. '




aku terus berdiam dan sampai sekarang i have no pets ! agak cemburu juga bila jiran-jiran pakat bela haiwan kucinglah, burunglah, ikan emas perut kembunglah..aku nak jugak lawan nama pets sapa paling gleemm,. but one day, friends of my mom did said yang dia nak kasi his kucing yang baka parsi dekat we all, its a couple.. excitednya memanglah tahap gaban and we , me and sister came out with few names yang sekali dengar memang macam nak hempok je kuali atas kepala kiteorang  . . nak tahu namanya? but please, jangan nak pecahkan screen lappy sendiri okey . .

for the male cat - AKIRA HARAZUKI . for the female cat - MONGG-JI HAMASAKI

i've said it . . it;s totally macam tak makes sense at all kan? sangat takk ! but it's cute kan? oh ya, if you ever wondered lah, how kiteorang boleh came out dengan nama tu, is actually my sis yang carikkan nama for the akira harazuki, firstly aku nak bagi nama kucing tu Ruru ke, macam comels la kan, but dia membantah dan macam nak putuskan talian adik beradik je, thats why kiteorang buka meja dan kembali berbincang..(aku tahu ia kedengaran sengal, dan ia memang sengal pung~) then, kiteorang setuju dengan nama diatas, i don't know my sis dapat dari mana nama Akira tu., tapi that mongg-ji name tu, if you are Running man Fans , for sure korang tahu mongg-ji tu stand for what kan? it's Song Ji Hyo nicknama actually . .i adores her, so don't ask me why aku pilih nama tu . .

but, aku cerita panjang-panjang ni, aku dah bela kucing berdoa ekortu????

.
.
.
.
.
.
.
=D
.
.
.
.
.
.
.
.=)
 
 YESSS! sememangnya tidakkkk ! (merah tanda gagal)

aku tak tahu apa nasib aku ni, memang takde rezeki nak membela binatang kucing tiu dirumah biarpun kasih sayang aku dah sediakan secukupnya, maybe aku kene carik sendiri, tapi parsi sangat mahal, baik aku beli gadjet apple yang sudah tentunya memuaskan hati aku. . cehh !

whatever it is, with of without pets, aku still happy . . niat utama aku nak bela pets ni bukan sebab apa sangat, orang kata bila bela pets ni, automatically kita akan learn to become a responsible, loving and caring person,, dan sebab aku nak jadi Vets insyallah .. lagipun Nabi kita pun suka binatang, at least, aku ikutlah sunnah nabi dengan mencintai haiwan bukan sahaja kucing ,. biarpun bukan sekarang, soon maybe, aku tetap akan ade seekor pets yang comelss, jyeeahh! ^-^

wsssalam = )

p/s : berangan nak bukak klinik haiwan sendiri, just like kat cerita City Hunter . . it's so cute bebeh !