anisnabilahblog

My photo
Sungai Besar, Selangor D.E, Malaysia
Fantasy is just dream that never come true . .so, let's just step on REAL stage ! = )

Friday, 1 March 2013

Oh my BOLOGNESE !

Assalamulaikum . .

Lately ni lidah aku dah meroyan nak makan spaghetti. Malam tadi ingat nak goreng spaghetti cincai-bongcai je, tapi malangnya spaghetti aku dah out of service. Tingga beberapa batang je saki baki beberapa bulan lepas. Hampa hatiku uolls ! Tapi sebab nak jugak makan, malam tadi aku masak chicken black pepper je. Walau macam mana pun, selera aku tetap memilih spaghetti. SADIS =(

So, pagi tadi aku bertekad pergi superman ehh, supermarket pergi beli spaghetti disamping beli makanan Ruru yang turut sama habis. Kuat betul budak tu makan. Haishh. Aku rasa aku antara pembeli terawal supermarket tersebut, sebab tadi hujan dan aku pergi pukul 10, memang sangat awal. Berkobar-kobar semangat aku.

Tadi, aku beli sepaket speghetti dengan daging ayang cincang. Ingatkan nak cincang sendirik ayam, tapi lepas aku tengok bungkusan ayam cincang tu dalam tempat yang sejuk tu, tahap kerajinan aku tu macam terpadam pulak. So, akibat  malas, terbang duit. Padan Muka ! oh ya, aku juga beli sebotol instant pasta sauce. Aku tak suka prego sebab masam sangat, so aku lebih prefer Kimball. Its local brand, so dia ada kick rasa melayu sikit  lah kot. Sesuka ja buat cerita. Untung juga stock sayur dalam peti aku masih banyak, ibu memang suka benar shopping sayur-mayur ni. lagi-lagi kalau murah. Alamat termuntahlah peti sejuk tu dengan sayur-sayuran.

Okey, dah banyak aku membebel, so let me share the recipes. =)

-Spaghetti : berapa banyak, itu ikot suka. Tadi aku buat dalam suku plastik spaghetti tu.

-Daging ayam cincang : Separuh keping yang jenama Ramly. Kalau nak banyak2 pun boleh. Aku guna ayam sebab aku terasa nak makan ayam. Klau nak daging lembu pun okey je.

-Kimball mushroom spaghetti sauce : 3 sudu kalau guna sama sanyak spaghetti yg diatas.

-Carrot : Dadu kecil

-Celery : juga didadu kecil

-Bawang holland : potong separuh dan dadu

-bawang putih : ambil yg sedang2 saiz dia. anda ketuk dan dadu kecil.

-Air panas : ikut cukup

-garam/ gula : ikut rasa

- butter dan minyak : menumis

-Tepung gandum : as thickening agent

Itu sahaja, lets cook ~

Sebelum itu , ada banyak cara masak bolognese. Aku bukan italian, so aku masak ikut tangan melayu yang berselera italian. Fullstop

1) Rebus spaghetti dalam air yang digaram. Lepas dah lembut, tos dan letak minyak biar dia tak stick to each other.

2) For the sos, senang sahaja . Mula-mula  letak half spoon butter , half spoon minyak untuk saute onion, garlic, carrot dan celery. Letak sedikit air untuk renehkan dia. Tu cam cara nak lembutkan carrot tersebut. Lepas dan lembut, angkat dan letak dalam mangkuk.

3) Next, on the same wok. Korang letak sikit je minyak lagi, dan letak minced chicken tu dan gaul2 sampai air dia keluar. Samping tu, potong-potong ayam tu guna sudip, takut dia jadi segumpal ayam yang besar. Lepas ayam dah agak masak, masukkan sayuran di no.2 tadi dan gaul sesama. Tambah air dalam satu cawan. Air panas lagi baik.

4) Add sos kimball tu 3 sudu. Its optional actually. Kalau nak lagi rasa tomato, tambahla banyak-banyak. Gaulkan lagi sampai nampak merah dan sedap. Seasonkan sos tu ye.

5) Last, letak tepung gamdum setengah sudu besar. Sos biar pekat, baru sedap. Tapi jgn banyak sangat tepung, agak-agak la dengan kuantiti air yang dalam kuali tu. Tak pasal jadi bubur gandum bolognese pulak.

Sila renehkan sos bolognese itu.Tambah je air to ensure it turns well. Lagi lama reneh, lagi sedap. =)

Aku tahu, cara dia agak susah, nak itu dan ini. Tapi tu semua untuk jadikan sos tu sedap. Korang boleh juga guna kreativiti korang untuk masak spaghetti tu dgn guna bahan yang sama. It's all up to uolls. Rasa dia tetap sama. 

Yup, aku guna instant sos. Tapi kalau nak guna plum tomatoes yang dalam tin tu, pun boleh. Tapi lagi rumit sebab nak kene letak all kinds of italian herbs macam thymes, bay leaves dan wakakakakaka. (maksudnya dan lain-lain). So, buat apa nak buang duit beli macam-macam herbs tu kalau kita boleh dapatnya dengan harga 3.80 dalam satu botol yang sudah siap bersos tomato? Aku takkan sanggup gadaikan duit semata-mata sebab selera yang tinggi. Even bende tu dikelaskan dalam canned food, bukan kita makan everyday pun. Chills je okey? =)

Oh ya, ni spaghetti aku -->


macam sedap kan? HIKHIK =)


lepas gaul2 dia jd cmni. Yummehh !

Selamat mencuba *wink2

P/s : asyik entry pasal makanan je. Pastu dah gemuk, salahkan makanan, Haihh .





No comments:

Post a Comment