anisnabilahblog

My photo
Sungai Besar, Selangor D.E, Malaysia
Fantasy is just dream that never come true . .so, let's just step on REAL stage ! = )

Saturday, 17 August 2013

girls day out =)

After a week berhempas pulas menjawap exam yg bolela susah jugak tu, kami pun (aku ayu fatin dan kak yong iaitu roomates di KMS) merangcang untuk bershopping di Aeon Bukit Bukau ehh Bukit Tinggi. Selepas dh hampir 3 bulan di KMS ini kali kedua kami outing dan kali pertama outing ke Aeon. Nampak tak pemalasnya kami nak outing. Bahahaha.

Wajah wajah kesayangn ibu bapa yg menunggu teksi ke Banting. Hujan plak tu. Bersabar sajalah. Tapi muka tetap havoc ambil gamba. Itu yg penting.





Agak sush nk carik teksi sebab most of student KMS plus budak IKBN plus budak poli sume pakat outing. Uncle teksi pun pening. We all just enjoy the moment and call uncle teksi and reserved him earlier. Dalam pukul 10 macm tu sampaila ke stesen bas. 

Kenapa bas? Kiteorg nak save duit. Banting tu Klang memang akan kene 50 ringgit. Memang tk kesh mula2 sebab utk own comfort sebab memahamilah dengan sndiri kepadatan bas loncat itu. Tapi sebab masih awal, bas pun taklah penuh dan kami pun naik bas bertiket rm3 ringgit. 

Banting to klang dalam 45 minutes. Agak jauh an, tapi kami menunggu dengan penuh sabar and we arrived Aeon safely.

Sampai Aeon kami terus start shopping. We had our breakfast before start our journey so tenaga amat mencukupi untuk shopping. First kami decide untuk beli apa yg minda sudah listkan. Tbh, aku la yg first2 beli barang dulu. Aku beli cardigan dekat Dees sebab memang aku tengah cari cardigan and harga dy murah and the quality were good too. Even agak hesitate, tapi beli jugak takut dah sampai kms aku akan menyesal.



Antara misi lain aku ke Aeon sebab nak beli Converse. Aku dah lama gila aim nak beli sneakers jenama berkenaan cuma tk berapa nak cukup duit memandangkn bende tu kemahuan semata mata. Tapi sejak dah duduk Kms, I know how to manage my finance and aku berjaya mngumpul duit nak beli sneakers. Aku bajet dalam rm 200 sebab kau faham jelah converse an. Haha. Finally this sneakers yg berjaya menerbangkan duit aku. Kakakaka 

                   

The best part he is new arrival and harga tak sampai 200. For me totally worth it because it last long. And smart habis dan juga hensem.

Before beli converse kami singgah popular book store and my aim sudah semestinya Lawak Kampus jilid terbaru and I got it. Jilid 18 sudah publish. Time kasih Keith.


Okey. Berkaitan dengan itu aku jmpe gerai famous amos kt coridor Aeon and bende tu dah menggoda aku untuk membelinya. Like always, macadami chocolate chip cookies is my all time favorite. Sedap dan sangat sedap.

Finish part 1 kami pun pegi makan kat kepsi sebab ayu dh craving for zinger burger. Aku tk kesah makan kat manamana sebab aku tak kesahla. Haha







Ini half dari total gmba yg kami amek. Habis je makn terus brgamba. Cam-addicted.

Selepas makan kami pergi beli barang dapur (padahal beli sabun basuh downy dan ubat gigi) . Hhahaha. Ni first time aku shopping brang berkenaan dengan kawan. Memang besy gilagila. Smua tempat masuk dan adeje bende yg boleh digelakkan.




The total of four, maka penuhla barang dalam satu trolley. Sila kira work done. Haha hahahah.

Habis beli barang tu ayu dengan atin nak beli track dekat cheetah. Cheetah dekat 2nd floor so it is insanela nak mengangkut trolley naik 2nd floor lgpun aku dh penat gila. So aku tunggu kat bawah dengan kak yong. Atin ngn ayu naik atas cari seluar.

Aku ade misi jugak lagi. Aku nak pegi beli baju tshirt sebab tshirt superman aku tertggl kat rumah. So aku pegi kedai  dan belilah 2 psg dengan harge 25 ringgit. Totally berbaloi sebab ikut harga asal memang takla kau dapat 2 helai 25 ringgit.


Satu colour hitam which is long sleeves dan lg satu short sleeve kale orange. Bahagia. 

Done with that, kami decide nk balik. Barang pun dah byak duit pun dh berterbangan and to avoid it from keeping flies kami pun balik. Balik memang dah setuju nak naik teksi. Gila kau nk naik bus yg macam sardin dengan brag yang banyak. Better naik teksi yg terus hantar pegi depan kms. Biarpun mahal. Yg penting kami selesa dan secured the stuff. 

Semalam memang tiring yet enjoy activities. Kami memang seriously use the time wisely. Alhamdulillah it is run smoothly as planned. We all got what we want and everyone is happy. Ok. Till then.

Wssalam ♥

P/s : kami jmpe group of boys yg knows that kami student kms. Depa siap nyanyi lagu kms lagi. So sweet. Hahaha. 







Sunday, 11 August 2013

Missingdamnmuch

Assalamualaikum..

Sekarang aku dah menjejakkan kaki ke bumi London. Okey tipu. Aku dekat KMS sekarang. Kolej Matrikulasi Selangor yang terchenta la sangat. Hihi . Just a day and I missed my family sangatsangat. Malam tadi je termimpi meet my parents and adek for twice. Gila betul. This time of being away was th3 hardest. I know I just get back for the first sem break plus raya break for a week. But clearly it wasn't enough.

KMS stuff is very hectic , rush , stress , and fast so furious. Sincerely said, those who cant easily work out memang bapak susah nk cope with this situation. Just like me. It takes 2 month barula feels those kind of afraid feeling. Before that memang rasa nak balik nak balik dan nak balik sahaja. I know I am big enough to be indipendent but I am too young with hostel as I never ever been into hostel or even camping! So memang sangat susah nak terima hakikat kene duduk jauh dengan beloved family.

Esok ade exam. Still aku masih belum 100 percent ready. Study pn still ala kadar coz I don wanna stress my kind or if not harming myself even more.

Blog. Send my love regards to my family. Tell them Im here missing them very much. I cannnot say via my own mouth or not I be distract. Ok. Bye.

Wssalam :'(

Friday, 9 August 2013

I try to be veryvery strong

Assalamualaikum.

Long time no type. Aku rindu utk menulis. Sgt rindu. And this post was via android. Typo may happen. Like always.

Now is raya. Aku happy. But not that happy sebab nak exam next week. 3 day left to be exact.  And one more thing. I got fought dgn my bestie. Sebab? Motif ? Aku pun tak pasti. Yaang pasti, aku sedih. Siapa yg tak sedih. Bestie sndiri buat aku mcm useless. I try to ignore,but it hurt my heart damn hard . Aku tk rsa aku kuat. Even so, aku msih lg tk kesh with what happen happening. Aku tau, clearly state aku memng bukan kawn yg baik, not a good place to share story, and obviously not a good respondent. Tapi itu mmg aku. Aku mmg lg suke buat bende sendiri2. Lg suke mind my own job, dan jarang over story with petty thing. Aku mmg pernah buat mcm tu. But not now. I am now a new and better anis nabilah.

Aku tak pasti. Aku tak tau. Apa yg dy hrapkn fron this kind of friendship aku sndiri blur. Be friend of me but share problem with other. Bagus sgtla tu.

Luckily aku still ade kwn yg memahami. Dia faham aku dan dia sgt cool walaupn aku slalu kata dy tk cool. Dia yg aku rapay sekrg. From my side dy rapt dgn aku, from his side. Aku mmg tk hrapkn apa2. Dont misunderstood.  Aku dgn dy kawan sahaja and also place for me to share stories. Dy slalu ckp, untg sape2 dpt kwn dgn aku  tapi dia tipu. Apsal bestie yg satu tu asyik nak mmberontk? Hmm. Pelikla.

No sweat. Aku ade byk lg kwn baik. I mean like seriously kwn baik. Yg faham what is anis nabilah. Yg tau dn mengerti apa behavior aku. Aku akui, tk pernh aku berkwn dn tk gaduh. Kwan je msti gaduh. Tapi gaduh entighten our friendship. Tapi yg kali ni aku tak taula. Mcm nak destroying the friendship. Harap2 takla. I hope there is the blessing in disguise. Pray for me and her. =)

Okeyy . I am okey. Much okey. Blog help to recover my feeling the most. Love ya!

Wssalam.

Sunday, 28 April 2013

Matriks bebeh

Assalamualaikum . .

Befor SPM lagi, memang dah kecoh-kecoh pasal permohonan matriks kan? Setahu aku yang tak tahu ni, matriks is the first thing yang aku apply dan disuruh apply kat sekolah.  Mula dengan pegi beli no.pin yang dalam 6 hengget beserta salinan i/c sampai pergi isi borang dan pegi kemaskini. Semua tu dibuat before sit untuk exam.

Aku banyak gila masalah dengan Matrikulasi dari segi kemaskini. aku fed up dan menyampah gila time nak kemaskini permohonan aku. And last, langsung aku tak kemaskini as bende senget tu tak boleh di excess LANGSUNG. Pempaham jelah stress aku camner an. Dahla banyak bende salah isi, memang beranak stress aku, dah boleh buat ladang stress.

Dalam bulan 2 camtu, still tak boleh nak kemaskini even banyak yang kata boleh kemaskini dan so on. boooo. aku kene tipu. padan muka. sapa suruh kau mengarut time isi borang. 

Last, aku redha jela. Dah memang takde rezeki kot aku nak pergi menjadi ahli matrikulasi. Dan aku berharap pada UPU pulak. hahahaha.

Bila dah 25/4/2013. hahahaha. Result kemasukan matrikulasi pun keluar. Ya, i did knew it from begining, berkobar gila pukul 8 dah bukak laman web moe bagai. Tapi, HAMPEHHH. Pukul 4 baru boleh semak. Katanya !

Aku pun tunggu, berdebar gila even dah pasrah dengan matrikulasi dan sedara beliau. Pukul 10, telefon berbunyi , Mak Cik aku yang telefon. Beginilah agak-agak conversation kami yang beberapa saat itu.

Aku : Hello .

Makcik : Hello, assalamualaikum. Anis ye?

Aku memang tak cam suara sapa untuk mula-mula.

Aku : A'ah.

Haha, itu je yang mampu.

Mak cik : Ni Lek Aton. Dah semak keputusan matriks? Rafi dah semak.

nota kaki ---> Lek ialah makcik dalam bahasa jawa, as aku orang jawa, Rafi itu sepupu aku.

Aku : Oh. Keluar ke? Katanya pukul 4.

Mak cik : Taklah. Rafi dah semak. Anis cubalah semak.

Aku : Ha, nanti anis semak. Rafi dapat mane?

Mak cik : Matriks selangor, semak ye. Mana tau dapat sama tempat. Senang jugak nanti.

Aku : Ok. anis semak nanti. 

dan tamatlah. yangg akhirtu aku tataulah aku cakap apa. Sungguh aku dah berdebar tahap gaban.

Tapi, lepas aku buka webpage moe. Takde pape pun muncul. Siap aku guna mesej untuk check pakai sms dan dia amek kedit aku 20 sen, still tade jawapan. Dia kata belum keluar. WHAT THE FISHHHHH !

Pastu aku bukak facebook. Ade status mengakatan dia dapat ke perlis. Macam sawan aku try banyak kali buka laman web tu. FAILURE !

Aku ilek je, aku mesej2 kawan aku and so on. Tanya itu ini sambil selongkar FB mencari maklumat. Last2 aku jumpa. dan aku klik dan aku semak dan aku DAPAT. Whattt? hMM. aku dapat. Tak caya? See thiss -:


Aku dapat Kolej Matrikulasi Selangor. Hoye, hoye.

Aku baca, sikit-sikit. nama, no k/p, program pengajian, kursus, nama kolej. and when it comes kepada tarikh mendaftar. 

PENGSHANNN !

Bukan sebab masa yang tinggal sebulan, tapi tarikh dia sama dengan tarikh parents aku pergi Umrah. 

Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Tapi, aku tetap bakal mendaftar. When there's the will, there's a way. kann? 

Give me a blink please. Thanks sugar !

P/s :  KMS ni baru je masuk 4 tahun. Still young and pretty, samelah cam kitee. *muntah pelangi. =)



Wednesday, 27 March 2013

Jejak Kasut =) Day 1

Assalamualaikum

Sabtu lepas kiranya dah start cuti sekolah, dan kebetulan adalah kenduri kat rumah kawan parents aku yang belah-belah pahang nun, well mula-mula memang macam tak je nak pegi, tapi sebab ada dua kenduri sekali gus, we all decided to go there. Orang berbudi, kita pun berbahasaa :D

Normaly, dri rumah ke Pahang tu takes about 4-5 hours, depends on jammed and everything la, so kiteorang gerak pukul 8 cenggitu, then sampai dalam pukul 1 la kot. Terus kite orang pergi ke kenduri yang mula-mula, kat Bandar Tun Razak, even penat tapi perut lapar tak hengat. Their food, memang superb, that long basmathi rice dengan beriyani beef sangat superb, also do the ayam bakar. memang best la kate ko!

After these and that, kiteorang gerak ke kenduri yang lagi satu, dekat Ladang Kota Bahagia, yeah tanah tumpah darah ku uollss. Aku pernah duduk kat situ sampai umur 8 tahun, ever live there and creates so much memories there.Is actually, datang kenduri it not only to see the pengantin or their family, but as well as 'jejak kasut' another words for jejak kasih. Wakakaka. Kawan ak taklah banyak sangat, as my friend-sibling mostly absent sebab depa kat Sarawak, and only this guy that I've met .


Belum jumpe tuan rumah, tapi dah excited nak snap picture. Rindu le katenyer.

Then, we all pun sembang la itu dan ini. Kiteorang tak jumpa dah setahun lebih, last dia datang rumah time my uncle kahwin tahun lepas. 

Habis kenduri, kiteorang tak balik lagi. Nak kene pancung dengan Mak Long ( ibu Emi ) kalau balik dulu. As we inform je  kat depa yg kiteorang akan kesana, dorang dah suruh tidur rumah depa kat Segamat yang dalam 1 jam cam tu dri Kota Bahagia, so we all pun kesana. =)

Dekat Segamat, wow.. i really miss my dear Segamat, ANIS NABILAH dilahirkan disegamat, dan i/c saya -01- okey. Saya anak Johor. HAHAHA. Segamat have changed,  dan develop lepas banjir  haritu. Masa lalu bandar segamat, terflash back la semua memories yang pernah aku lakar kat Segamat dulu. hmm, so sweet !

Sebab sampai rumah Emy pun dah petang, we we all fulled our tank, no food untuk petang itu. But untuk malam, yeba-yeba, the food was AWESOMEE !

After such a hard decision, Mak Long keeps ask me, 

'Akak nak makan kat mana?  Kfc? Mcd? Pizza ?'

I was like blur giler la, sebab aku memang pembuat keputusan yang tak hebat. and lagi-lagi, when the question memang untuk aku dan melibatkan semua orang. When aku tanya my sis, the she replied ,

'Suka hati akak la, adik ikut aje'

Yeay, another kind of blur -,-

Finally, aku decide nak ke Pizza Hut, as memang dah lama tak makan di restoran pizza Hut tu sendiri. Lepas maghrib, kiteorang terus pergi.

Sampai je kat Pizza Hut, restaurany PENUH ! Oh my, this make my hearts feel bed towards others sebab aku yang pilih nak ke Pizza. Not them. Ade jugak abang suggest pergi makan Kfc je, but engah kata it's okey sebab Pizza got variety of food compare to Kfc or Mac Donalds. That relief me !


Pizza Hut yang penuh, well  malam tu malam minggu so memanglah penuh.
From the left, engah, ibu dengan abang/ =)

Kiteorang tunggu takla lama sangat, tak sampai 15 minutes pun sebab Emy dah book tempat. what a relief dan kiteorang terus duduk kat tempat masing-masing. I felt so great !

Perihal order-mengorder, aku rileks je. After make an order for my Bolognese and orange juice, and sit back and just watch aban, MakLong adik and ibu order. Ayah pun turut sama sit back. HAHA

What a delightful night, memang meja fulls of food. VERY FULL. 


Ini suku dari actual order. Yeah, baru suku.
# Mak long and Ibu



Me and my food =)


My sis and her food =P


Ayah dan abang enjoying their food. =)

Mak long and Ibu =)


my favorite platter. Oh my ! the dipping sauce sangat sikit. Kedekut !

As korang terperasan, Emy dengan engah takde kat meja kiteorang kan? yep, dorang berdua kat meja lain and eat different orders.  Meja tak muat and restaurant dah full, so memang tak boleh nak buat macam restoren sendiri.But still, we communicate to each other =)

So, thats all for the day 1, sebab part 2 akan terjadi selepas ini. Just a simple entry but really mean a lots for me. Yeaah.. It will be the best if ayah long is present. I miss him as well as i miss ayah Atai's Family.  Love them all <3

ehh, hold on. No dessert ? like seriously ? HAHAHA 

dinner is meaningless without heaven dessert , am I rite ?


VOLCANO dessert, with the thick-rich-wonderful chocolate sauce and soft cakes. Yummehh !

Now, its a complete entry, wssalam.

p/s : Thanks a tons for mak long, emy, engah and my wonderful abang yang belanje kite berus gigi. hahahahaha xDH




Friday, 1 March 2013

Oh my BOLOGNESE !

Assalamulaikum . .

Lately ni lidah aku dah meroyan nak makan spaghetti. Malam tadi ingat nak goreng spaghetti cincai-bongcai je, tapi malangnya spaghetti aku dah out of service. Tingga beberapa batang je saki baki beberapa bulan lepas. Hampa hatiku uolls ! Tapi sebab nak jugak makan, malam tadi aku masak chicken black pepper je. Walau macam mana pun, selera aku tetap memilih spaghetti. SADIS =(

So, pagi tadi aku bertekad pergi superman ehh, supermarket pergi beli spaghetti disamping beli makanan Ruru yang turut sama habis. Kuat betul budak tu makan. Haishh. Aku rasa aku antara pembeli terawal supermarket tersebut, sebab tadi hujan dan aku pergi pukul 10, memang sangat awal. Berkobar-kobar semangat aku.

Tadi, aku beli sepaket speghetti dengan daging ayang cincang. Ingatkan nak cincang sendirik ayam, tapi lepas aku tengok bungkusan ayam cincang tu dalam tempat yang sejuk tu, tahap kerajinan aku tu macam terpadam pulak. So, akibat  malas, terbang duit. Padan Muka ! oh ya, aku juga beli sebotol instant pasta sauce. Aku tak suka prego sebab masam sangat, so aku lebih prefer Kimball. Its local brand, so dia ada kick rasa melayu sikit  lah kot. Sesuka ja buat cerita. Untung juga stock sayur dalam peti aku masih banyak, ibu memang suka benar shopping sayur-mayur ni. lagi-lagi kalau murah. Alamat termuntahlah peti sejuk tu dengan sayur-sayuran.

Okey, dah banyak aku membebel, so let me share the recipes. =)

-Spaghetti : berapa banyak, itu ikot suka. Tadi aku buat dalam suku plastik spaghetti tu.

-Daging ayam cincang : Separuh keping yang jenama Ramly. Kalau nak banyak2 pun boleh. Aku guna ayam sebab aku terasa nak makan ayam. Klau nak daging lembu pun okey je.

-Kimball mushroom spaghetti sauce : 3 sudu kalau guna sama sanyak spaghetti yg diatas.

-Carrot : Dadu kecil

-Celery : juga didadu kecil

-Bawang holland : potong separuh dan dadu

-bawang putih : ambil yg sedang2 saiz dia. anda ketuk dan dadu kecil.

-Air panas : ikut cukup

-garam/ gula : ikut rasa

- butter dan minyak : menumis

-Tepung gandum : as thickening agent

Itu sahaja, lets cook ~

Sebelum itu , ada banyak cara masak bolognese. Aku bukan italian, so aku masak ikut tangan melayu yang berselera italian. Fullstop

1) Rebus spaghetti dalam air yang digaram. Lepas dah lembut, tos dan letak minyak biar dia tak stick to each other.

2) For the sos, senang sahaja . Mula-mula  letak half spoon butter , half spoon minyak untuk saute onion, garlic, carrot dan celery. Letak sedikit air untuk renehkan dia. Tu cam cara nak lembutkan carrot tersebut. Lepas dan lembut, angkat dan letak dalam mangkuk.

3) Next, on the same wok. Korang letak sikit je minyak lagi, dan letak minced chicken tu dan gaul2 sampai air dia keluar. Samping tu, potong-potong ayam tu guna sudip, takut dia jadi segumpal ayam yang besar. Lepas ayam dah agak masak, masukkan sayuran di no.2 tadi dan gaul sesama. Tambah air dalam satu cawan. Air panas lagi baik.

4) Add sos kimball tu 3 sudu. Its optional actually. Kalau nak lagi rasa tomato, tambahla banyak-banyak. Gaulkan lagi sampai nampak merah dan sedap. Seasonkan sos tu ye.

5) Last, letak tepung gamdum setengah sudu besar. Sos biar pekat, baru sedap. Tapi jgn banyak sangat tepung, agak-agak la dengan kuantiti air yang dalam kuali tu. Tak pasal jadi bubur gandum bolognese pulak.

Sila renehkan sos bolognese itu.Tambah je air to ensure it turns well. Lagi lama reneh, lagi sedap. =)

Aku tahu, cara dia agak susah, nak itu dan ini. Tapi tu semua untuk jadikan sos tu sedap. Korang boleh juga guna kreativiti korang untuk masak spaghetti tu dgn guna bahan yang sama. It's all up to uolls. Rasa dia tetap sama. 

Yup, aku guna instant sos. Tapi kalau nak guna plum tomatoes yang dalam tin tu, pun boleh. Tapi lagi rumit sebab nak kene letak all kinds of italian herbs macam thymes, bay leaves dan wakakakakaka. (maksudnya dan lain-lain). So, buat apa nak buang duit beli macam-macam herbs tu kalau kita boleh dapatnya dengan harga 3.80 dalam satu botol yang sudah siap bersos tomato? Aku takkan sanggup gadaikan duit semata-mata sebab selera yang tinggi. Even bende tu dikelaskan dalam canned food, bukan kita makan everyday pun. Chills je okey? =)

Oh ya, ni spaghetti aku -->


macam sedap kan? HIKHIK =)


lepas gaul2 dia jd cmni. Yummehh !

Selamat mencuba *wink2

P/s : asyik entry pasal makanan je. Pastu dah gemuk, salahkan makanan, Haihh .





Saturday, 16 February 2013

baking ! =)

Assalamualaikum . .

Hari Sabtu biasanya aku akan menjadi bosan tahap sewel. Like seriously memang blur dan tak tahu nak buat apa. Tapi hari ini aku dah tak tahan nak menjadi bosan dan sewel, so that aku merancang untuk baking ! HEHE. Besides membebel, another B that i love to do the most is baking even sometimes it turn to failure. =( Namun sebab aku ni bersemangat jitu dan kegagalan bagi aku satu bende yang membuat aku rasa tercabar, i keep on trying sampai aku rasa puas hati. Dari semalam aku dah meroyan carik resipi kek coklat bakar dekat internet. Melilau sini sana carik resipi, ada yang simple tapi bahan dia yang takde, ada yang sume bahan ada tapi malas nak fikir sebab adunan banyak sangat. Aku malas nak ambil risiko buat adunan kek banyak dan tak jadi kek tersebut. Tak nak membazir kott, sahabat syaitooon.

Just now, aku godek lagi internet.. desire nak buat kek coklat jadi over the mountain. Tah papetah. Then, i found this coklat cake recipes yang aku rasa best gila sebab adunannya kecil, bahan dia mudah dan senang je nak godak. Barulah cools.

So, get ready alls, coz I wanna share the recipes =)

- 100 gm tepung : can either use self-raising atau tepung gandum biasa. Kalau guna tepung gandum biasa tambah half teaspoon of each baking powder and soda bicarbonat to act as raising agent.

- 40 gm serbuk koko : suka hatilah nak guna brand hape, yang mahal ke, murah ke.. tapi aku suggest guna good quality of cocoa powder. Baru cools

Kedua-dua dry ingredient ni korang ayak bersama-sama dan ketepikan.

-150 gm gula : korang boleh guna castor sugar, dan kalau malas just blend guna pasir kat rumah, gula pasir ye, bukan pasir.

-3 biji telor : kalau boleh guna gred A , and suhu telor at room/temp. Be sure okey.

-60 ml of milk : milk is another liquid dalam kek ni, milk boleh ditukar ke susu cair, atau powdered milk bancuh dalam air, or guna horlicks bancuh pun boleh.

-1 teaspoon of vanilla : guna brand yang bagus ye, jgn beli yang sembarangan.

-1 teaspoon of overlatte : beli kat kedai bahan kek, rupa dia cm kaya but bit thicker dan kale orange.

All the list , korang mix in a bowl. Putar sampai kembang, pastikan kembang. Guna high speed je senang. Make sure gula larut dan telur jadi buih-buih halus.

-50 gm of butter - melt the butter down, pastu sejukkan.

Now, kita mix all the things together to form the batter.

~ Masukkan sikit demi sikit campuran tepung dan cocoa powder tu dalam bowl yang korang putar telur tadi, sampai dia jadi likat dan macam adunan kek. Last, masukkan melted butter yang dah sejuk tadi, kalau suam-suam pun okey je.

Optional, kalau nak zass kan lagi rasa kek ni, campurlah sikir nescafe dalam campuran milk atau any liquid yang korang guna tadi. Oh, aku memang tak berapa suka kek ada topping dan sebagainya if aku buat sendiri kek itu melainkan beli kat kedai. So that aku tak sertalkanlahrecipes for the topping. If korang suka juga, bolehlah tabur ala-ala maje chocolate chips atau chocolate rice, thousand hundred ke, atau apa-apa jenis kacang ke. It's all up to you, your cake, your taste !

To be confirm yang adunan kek tu jadi ke tidak- adunan kek yang aku buat tadi dia tak pekat dan agak cair taapi dia rich. Kek yang bakal jadi tiu akan jadi bit moist dan sedap. Buat apa penat nak mebebl kalau kek tak sedap kan?

Ehh lupa, nak masukkan kek dalam hape ? okey, tu semua terpulang, kalau aku aku lebih suka letak dalam cups, i means no need to wash the loyang dan tak payah nak potong-potong bagai. Dah la tangan ni keras semacam, ada hati nak potong kek? okey lupakan jelah.  Tapi pape pun terpulang kat korang.

Preheat oven for 10 min/ 180 degree. Pastu bake the cake for 20-25 minute/ suhu turunkan jadi 150-160. Pakai api yang atas bawah. Api? haha, jadilah. 

Then, the hardest part of baking waiting the cake sambil mengemas segala malapetaka yang bersepah atas meja. Pastikan kitchen jadi kemas untuk mengelakkan sebarang pembebelan berlaku oleh ibu-ibu anda sekalian.

Dah cerita panjang, kek aku apa cerita? HEHE, sini, aku kasi korang menjamah mata =)

 kalau letak dalm cup cenggitu, dalam 10. Okeylah.. Rupanya agak buruk, akibat suhu yang lupa direndahkan.

Make sure masukkan half je batter dalm cup, sebab nanti dia naik. Kalau penuh, habislah bertumpahan kek anda, *bertumpahan??


senyum, tak perlu kata apa-apa. =)

p/s : kalau rajin pegi cuba, kalau malas.. datang la rumah kita.. nanti kite buatkan :D


Wednesday, 6 February 2013

Lesen Kereta .. YEAYY !

Assalamualaikum . .

Dengan bangga dan penuh rasa bersyukur, saya telah lulus JPJ test yang melayakkan saya untuk mendapat lesen kereta ! kasi tepuk  tangan semua.. yeayyyy ! Sumpah, masih terasa percaya dan tidak sebab aku rasa everything berjalan dengan sangat pantas ! HAHA . It was a great experience yang let me to know more about car and so on. Learning process sesungguhnya process yang tak pernah membosankan =)

Okey, meh sini aku cerita from the start . .

Malam, sebelum aku test memang tak boleh nak tidur. Tergolek sana, tergolek sini dan bergelumang dalam selimut masih lagi tak boleh nak tidur. Then, aku main henset, terus main Subway Surf sampai mata ni mula layu dan tertidur. Malam tu tak mimpi pun, HAHA

Pagi tu pulak, memang berhajat nak bangun pukul 6, early dari biasalah,. tapi entah macammana adik aku pergi set jam dekat henfon pukul 5 dan bende tu berbunyi sampai mengganggu lena aku. Dan terus tersedar hingga pukul 6 dengan perut yang terasa kecut, serta jantung yang macam nak keluar. Keadaan aku sangat menyedihkan ketika itu. Sobssobs ~ *lap air mata sendiri

Tepat pukul 8, cikgu pun ngambil aku untuk ke tempat test. Pukul 9 cenggitu dah sampai ketempat test. Sumpah, ini adalah perjalanan satu jam yang paling sekejap dalam sejarah hidup aku. Nampak sangat gubranya kelautt. Lepas ambil nombor dan dengan pegawai JPJ punya briefing , teruslah test Parkingnya bermula. FYI, parking dia ade tiga bahagian..

1) BUKIT - ini sangat mengerikan, aku almost terkebelang, nasib baik cepat cover. Sensitivity anda amat diperlukan untuk lepas bukit dgn jayanya. HAHAHA

2) PARKING UNDUR - ini mudah kalau kene gaya. kene ikut step supaya tak melanggar tiang2 yang boleh membawa kepada kegagalan.

3) TIGA PENJURU - ini lagi mudah, dan kene cepat ! sebab bende alah ni mudah, so byklah peraturannya, okey, malas nak bagitau , and kalau nak tau.. sila ambil lesen kereta. hikhik :)

Lepas aku dah settle bhagian ni, memang lega. Indeed sangat lega ! Bolehla nak minum sikit sebab baru tahu rasa dahaga.

Then, aku tunggu untuk ujian jalanraya. Ini sadis ! Korang tunggu for several hours, dan korang akan siap ujian jalan raya hanya beberapa minit sahaja. Penat jugaklah nak menunggu, tunggu tu kalau tak rasa pape tu okeylah jugak. Ini dengan rasa nak terkucillah, rasa jantung berdebarlah, perut rasa nak terburailah.. haishh, Lelama fed up dengan perasaan sendiri.

Dalam pukul 2, barulah dpt turn buat ujian jalanraya. Finally ! Almost 4 hours waiting. Time ujian jalanraya, aku rileks je, cuma memula tu gubra sangat sampai handbreak lupa angkat. Yes, memang sangat bongok time tu. Masa memandu tu, aku okey, tenang dan cuma mengngati jalan dan step, dan tukar gear. Cik JPJ tu sangat best sebab dia kasi aku redah tanda STOP tanpa berhenti dan mengangkat handbreak. Haha, nak ceoat punya pasal lah tu. result, aku dapat 17/20 .. okeylah, cikgu aku kate tu commonlah dapat 17 markah.  Aku dpt 16 pun okey, asal dapat lesen. =P

So now, I am happy sebab dah ade lesen for both car and motocycle. Tapi , to be truth.. aku ni seronok amek lesen je, nak membawak motor dan kereta.. rasanya memang malas. Aku lebih suka nak duduk di passanger sit compare to driver sit atas alasan boleh tidur tak tidak akan dipersalahkan jika tersalah jalan. HAKHAK !

Some tips, yang korang boleh buat , jika korang gelabah hebat macam aku.. dan tak mahir sangat nak drive.. dan tak ada kemahiran nak menyelesaikan bahagian pertama yang hade sang bukit dan kawan-kawan -:

1) BERTANYA , do ask cikgu anda on how dan suruh dia demo sekali cara nak buat bende tu. i means like nak membelok, should use what gear, what is the function of clutch and gas pedal. Most people yang baru nk belaja mesti ingat tekn minyak tu untuk kereta jalan, padahl itu untuk lajukan kereta dan clutch yang untuk menjalankan kereta tu. (exept for those yang bawak keta auto, hang lain cerita lah)

2) RELAKS and COOLS , this two things sangat perlu. Tak kira time latihan, or time test nanti. Sila menjadi rileks dan cools, but never be over confident. It will kills YOU !

3)BELAJAR DARI KESILAPAN. no mistake, no learning. Jadi jagn cepat rasa down bila korang buat silap dan salah. Thats normal. people make mistake, and learn from it.

itujelah yang aku rasa the most vital things yang korang kene amalkan. Mungkin hade lagi, tapi cam tak boleh berfikir pulak. HAHA

Then, lepas dah dapat license.. jgnlah bawak kereta macam lipas disimpah sulphuric acid ye kengkawan. Slow and steady je. Be a cools driver and avoid accident ! Okey, Byee ~

wssalam =)

p/s : lambat post entry ni.. aku test 6/2 , dpt nombor, 42, among 4 of my friends, yang ke-2, dan bawak kerata time jalan raya, kereta yang le-2. Afrer all, 2 is my lucky number !! HAHA




Friday, 1 February 2013

Laman Sosial

Assalamualaikum . .

Okey, sekarang ni memang tengah dalam peak time untuk most of all Malaysian berkomunikasi dengan kawan dan sahabat handai serta yang tersayang melalui laman sosial. Antara yang terpaling hot sekali sekarang ni memang twitter, instagram , Skype dan blablabla................

Adakah aku ada memiliki akaun bagi kesemua laman sosial berkenaan ?

Yeah, I did have account for all social network kecuali instagram sebab aku tak suka sangat nak share picture yang aku rasa personal, sikit2 tu okeylah, even my DP for FB pun pakai gamba orang lain, HAHA . . even so, aku tak aktif sangat untuk kesemua social network tu, yang paling aku aktif pun blog dan FB, itu SAHAJA . People might say aku back to ancient, or duduk zaman t-rex sebab tak aktif bertwitter dan ber H-tag bagai, .tapi aku tak pernah peduli, well, membela yang berdua ni pun masa aku selalu habis sia-sia, ni pulak nak bertweet dan sebagainya. Lainlah, aku berdakwah, itu memang dituntut !

Sebab kenapa aku pilih blog ?

BLOG memberi aku peluang untuk aku express perasaan aku, membebel tentang apa yang aku suka, share pengalaman aku beserta cerita yang panjang dan the best thing is, ianya tak terlalu terbuka macam facebook dan twitter dan apa-apalah.

tapi, aku selalu facebooking, WHY ?

FACEBOOK sangat praktikal, bende tu mudah dan senang diexplore compare other social network. Lepastu kalau kita nak chat dengan orang, hanya aku, dia dan Allah je yang tahu. Dan, aku ni memang kuat tersalah eja, so while chatting, kalau ade spelling error ke, takdelah malu sangatt !

So far, aku tak rasa lagi nak involve dalam twitter,. nanti-nanti mungkinlah sebab bende tu FREE , hampeh kan aku.. tak hampeh, it's cools ~

Aku taktahulah kenapa aku malas benar nak tulis entry, terasa nak tulis, tapi bila dan tulis.. otak jadi lembap dan idea jadi lumpuh . Mungkin sebab aku stress pasal ambil lesen kereta yang still tak confident lagi padahal test JPJ mingu depan, kucing aku agak tak sihat, dan adik aku yang  sedang mengalami perubahan hormone, aku memahami kenapa aku stress, tapi aku tetap hamba Allah yang lemah, masih gagal untuk menyelesaikan semua sebab kenapa stress. 

Okey, tu sahaja untuk entry ini, lepas ni jgn gatal nak mintak twitter dengan aku, aku belum lagi bertwitter bagai tu, tak minat lagi ! HAHA, wssalam =)

p/s : menangis terapi terbaik bagi aku . .sobsob ~



Thursday, 31 January 2013

YA HANANA ( betapa beruntungnya kami )

Assalamualaikum . .

Salah satu strategi yang digunakan untuk menarik, lebih ramai umah Islam melazimi lidah dengan zikirullah dan ucapan puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah dengan menyatukan muzik yang lebih mudah dan indah didalam zikir tersebut. Macam sekarang ni, aku rasa Hafiz Hamidun , dan ramailah lagi artis-artis nasyid tengah berkobar-kobar menarik ramai orang Islam untuk menyintai zikir.

Aku rasa, korang pun pernah dengar kan Qasidah YAHANANA, ? aku cukup suka betul nak dengar Qasidah ni. Tenang dan sedap didengar untuk halwa telinga. Terapi yang bagus jugak kalau kita tengah stress ke, ada masalah kronik ke.. dengan izin Allah, semuanya akn kembali normal. :)

Aku pun bukan nak cerita panjang sangat, aku ni sangat kerdil untuk bercerita tentang agama, aku masih lagi cuba dan terus mencuba untuk lebih mendekati dan menyintai dan paling penting mengamalkan Islam secara PENUH ! 

So, aku harap korang enjoy dengan video ni . .

it's will keeps on play on your mind, trust me.. yahanana, yahanana, yahanana . .



p/s : adik lelaki yang ketuai qasidah ni sangat talented . . and look, he use ipad to read the lyrics =)

Sunday, 27 January 2013

PASTA ~

Assalamualaikum . .

Sejak bebrapa tahun lepas, aku memang suka menonton drama korea yang sekarang rata-rata perempuan kat Mesia ni dah mula gilai. Aku ni taklah penonton tegar drama Korea sangat, kadang-kadang je, kalau nak hiburkan hati yang lara ni. Macam sekarang ni, sebagai penganggur sebelum menyambung belajar, aku ada banyak masa yang kosong. Selain fikir pasal UPU, ambil lesen kereta, aku jugak sempat surf internet dan menonton Drama PASTA !

Untuk kali yang kedua, aku kembali menonton drama ni sebab cerita dia sangat sweet. Okey, memang tipikal drama korea semua sweet-sweet sampai kene kencing manis, i knew that, tapi this drama story line agak berbeza compare yang lovey dovey punya cerita macam To the beautiful you . Drama ni memang ajak kita untuk berfikir lebih dalam tentang cinta. Tak semestinya, kalau ada orang yang perfecto suka dekat kita, kita akan terus pilih dia,. malahan kita akan lebih suka dekat orang yang selalu buli kita, suruh kita itu dan ini supaya kita boleh belajar.

aku tak berani nak gerenti korang mesti suka cerita ni sebab aku suka jugak, yelah taste bud masing-masing kan berbeza, aku cuma nak share apa yang aku suka dan keeps on play in my mind. Tapi kalau korang nak testing, i mean nak cuba try tengok cerita ni, pergilah ke dramacrazydotnet untuk menontonnya secara percuma dan kalau suka, teruslah download, juga secara percuma. Terbukti sekarang, aku memang suka bende percuma, hello? sapa je yang tak suka?

Oh ya, hero dan heroin dia taklah korean superstar pun, dan muka taklah hensem / cantik sangat. Tapi, lelaki dia nampak smart dan yang perempuan dia nampak cute. Imaginelah how they suit each other so well.


 
 YEA CHEFF !

wssalam =) EGO ITU MAMPU LUMPUH DEMI CINTA . .

p/s : cerita ni published kat MBC tahun 2010, but never too late for all the newbies . .

Friday, 25 January 2013

Roo-Ro

Assalamualaikum . . .

Kenapa macam hari-hari kau kene undate blog ? kenapa ? ? ?

Jawapan - no longer exist 

Semalam, what i've been wait for month is finally come to my house . Maybe, kalau tak jadi datang, aku akan rasa sedikit kesal, dah jugak menyampah sebab aku dah berangan setinggi bintang diangkasa lepas . Tapi, dah memang jodoh aku ada dengan dia, dia pun datang kat rumah aku.Bertambahlah lagi ahli keluarga aku yang tak berapa nak besar ni.

Warm welcome from me and family dear Roo-Ru : )

pandangan tajam, ingat comels la tu ?

Umur dia dalam 6 bulan macam tu, muda lagi macam aku.. okey, tak lawak !

Kucing ni boleh dikatakan mega sizelah sebab dia jantan, badan dahla besar, tambah lagi bulu dia yang panjang sebab dia baka persian. Sekarang ni masih lagi sesi orientasi bersama aku dan keluarga , but dia dah boleh nak cop together. Aku ni memang takda langsung pengalaman selain minat dalam nak jaga kucing ni, so aku nak trylah macam mana disamping nak gain some knowledge pasal kucing. Memang kita boleh gain knoledge dengan membaca artikel pasal kucing dalam internet mahupun buku, tapi kalau rasa sendiri pengalaman tukan lebih baik.

Sekarang kucing ni masih aktif bermain, tapi waktu malam. Siang-siang macam sekarang ni, kerja dia membuta bawah kerusi. Aku rasa dah sejam lebih dia tido, tak terasa langsung pun nak bangun makan ke, minum ke, main ke, dasar kucing Pemalass!

Still fresh in my mind, malam tadi aunty aku datang nak tengok Roo-ro , dia bawalah sekali her three kids , Jaja, Haziq and Yasmin. Remember masa aku jadi babysitter tu? dorang-dorang tulah. Apa yang bestnya, Yasmin tu sangatlah takut dengan cat , masa first datang tu memang duduk atas pangku jelah, pangku siapa? ikut suka hati budak kecik tu la nak duduk kat pangku sapa, aku ke, mak dia ke, adik aku ke, yang penting dia dan kaki dia jauh jari Roo-ro. Tapi lepas sejam macam tu, dia dah beranilah sikit-sikit kononya, time abang dia (Haziq) acah-acah Roo-ro pakai lidi yang ada kertas, dia pun buat jugak, tetiba Roo-ro terkam lidi tu dan dia terus lari dekat aku yang duduk atas kerusi. Mulut dia kumat-kamit , ntah apa-apa dia cakap,. yelah baru 1 tahun lebih, mana tahu cakap lagi. Dia ikot bahasa alien dialah. Sangat lawak kalau diingat balik, dia lepas tu melekat dekat kerusi, tak berani nak turun dah.

Some tips maybe, entahlah tak berani sangat pun nak kasi tips kejadah ni, yelah  tak sampai seminggu pun jaga kucing dah nak kasi tips pulak. Ehh, ade had masa jagaan kucing ke nak kasi tipss..? ewahh

 basic needed for cats -->

1 ) Pasir untuk najis kucing ; ini penting, sebab kitaknak kucing kita poopo rata-rata tanpa haluan, also to avoid bau najis kucing tu merebak keseluruh rumah. Pasir ni jugak, disertakan dengan some fragrant,. let say apple, orange, lemon.. so pilihlah buah kegemaran anda !

2 ) Makanan kucing ; mestilah kucing sangat memerlukan makanan. Korang pun makan tetiap hari, inikan pula si kucing itu. Pilihlah yang korang rasa sedap, maksudnya bacalah menu kat paket makanan kucing tu, jangang pulak dok makan makanan kucing tu, mentang-mentang bentuk dia agak menarik dan rangup cam biskut famous amos.

3 ) Air ; okey, kasi je air masak biasa, takpun air tapis. Tukar air tu secara berkala, sehari sekali tukar pun boleh. Jangan pulak kasi air sirap, atau ribena. Susu pun jangan, sebab dia dah besar. Melainkan susu untuk kucing. Susu lembu tu makan beracun untuk kucing. INGAT !

4) Tempat tidur & mainan :Yang ini, suka hatilah korang nak buat dan belikan apa. Yang penting kucing tu selesa dan seronok bermain.

5) okey, ini meliputi sikat, sembur kutu dan syampoo untuk kucing mandi. 

Kucing rumah ni agak tak aktif, dorang lebih suka tidur dari merayap, kalau merayap pun nak pegi mana kan ? HAHA.

oh ya !, lastt neede for cats . . iaitu LOVEE. ! Apsal ? ingat korang je perlu kasih sayang, rindu2 semua tu, kucing pun nak jugak tau. Kalau boleh belailah dia selalu, layan dia baik-baik, mandikan dia, potong kuku dan semualah perkara-perkara yang boleh mengeratkan kasih sayang antara anda dan si kucing.

wssalam : )

p/s : tidur siang, pastu malam sibuk kacau aku tidur.. sukahatilah Roo-ro. asal kau tak lari rumahh ! LOVE YOU ! <3




Thursday, 24 January 2013

bila dah tak betul . .

Assalamualaikum . .

First of all, before start membebel, aku nak ucapkan Salam Maulidulrasaul tu all muslim all over the world . Keeps on selawat to our beloved Nabi Muhammad . . =)

ALLAHUMMA SOLIALA SAIYIDINA MUHAMMAD

 

 

Tadi, aku pergi latihan memandu, yes, i am getting the car license soon, insya-ALLAH. And, it is not a life if we don't facing such a problem, tapi, bukanlah aku yang bermasalah sekarang ni, but my kawan, might be say BFF kat sekolah dulu, and she is hardly can be understood.

Masalah timbul is between she and the driving teacher. *Name is prohibited to be mention. Dan masalah berlaku bila my friend tu adalah timbulkan sedikit kecelaruan time membuat latihan memandu. Oh ya, she's taking both car and motorcycle license so there is two choices la kalau dia kat sekolah memandu tu. One day, the driving teachers have arranged la jadual for her untuk diikut, ; which is berlatih bawak kereta, means buat parking and so on , tapi this girl keeps on trains dia punya cara membawak motor dan cikgu tu pun jadi benganglah. FYI, sekolah memandu tu quite far from our house, takes about one and half hour jugak nak sampai, so kenelah betul-2 manfaatkan masa tu, then she's ended up the traning only on riding the motorcycle. 

Sebab hal diatas, depa berdua sekarang on a conflict la jugak. Lepastu pulak , this cikgu buat onar dengan tidak meletakkan my friends dengan kawan-kawan dia yang use to be with her during the training dan diganti dengan ANIS NABILAH, yess,.  She did ask me about my training for today, memanglah ade, tapi cikgu tu kata takde sebab dia cuti, then dia bagilah tahu aku, then aku ingat memanglah takde sebab harini maulidulrasul, rupanya it's only a trick from the cikgu memandu tu untuk avoid my friend to follow us pergi training, Tapi, dia akhirnya tahu atas sumbangan maklumat dari friends dia yang berdua lagi tu.

Her friends told me that , dia bengang sebab kene tipu.. but aku rasa itu salah dia sendiri. Well, everything happens with a reasons. Cukuplah satu masalah kita buat, the masalah tu akan datang balik dekat kita. Dalam kes ni, aku taklah nak tuding jari dekat kawan aku tu, she's my friend pun, but , dia kenelah jadi matang dalam bab-bab macam ni. Dia patut tahu yang tujuan asal dia even it is only belajar memandu, as long as you working with others, kita kene jugak consider bende-bende yang kita kata remeh dan picisan tu.

So far, cikgu memandu tu akan place kawan aku tu with other two boys. In other hand, yes aku rasa simpatilah dengan dia, aku pun rasa happy jugak kalau dia ada sama-sama dengan aku time training, at least ada kawan nak sembang and share apa-apa yang patut di-share, but niat utama aku nak ambil lesen, so the second thing tu, we put at secondlah.. kene jugak utamakan bab memandu tu. Aku bukanlah nak kata aku bagus, tapi aku lebih suka pentingkan diri sendiri dalam hal ni, it all macam kita study kat sekolah jugak, even we study together, takda siapa yang berani memegang janji yang kita berdua tu boleh jadi pelajar cemerlang. it all back to our intention dan usaha kita SENDIRI. 

Lepas ni aku harap, all this petty thing dalam di cleaned up secepat mungkin. Tak jadi kudis pun kalau lupakan perkara yang lepas, poeple makes mistake kan,..=)

okey, thats all . . mata penat, nak tidur . .wssalam ^_^

p/s : i know i am not a good friend , but still trying to be so . .

Tuesday, 22 January 2013

isi borang upu . .

Assalamualaikum . .

3 minngu lepas, aku baru beli no. upu kat BSN dengan harga 10.60 yang dibayar oleh my aunty. (haha) . Then, dah dapat tu surelah kene isi borang online untuk permohonan university pulak. Ade yang kate, better isi lepas dapat result, the the other half kate baik isi awal-awal, the baru kemaskini balik. Jadi aku pun isilah awal-awal atas dasar suara majority kawan-kawan.  Aku ni dah la takde pengalaman, and the worst thing is takde yang boleh nak guide aku untuk isi kejadah borang tu. Time isi maklumat diri ngan parents tu, memanglah boleh laju semacam je, then lepas nak isi hal-hal bidang pilihan, lepastu kene pilih program pengajian pulak.. main-main mata je dengan screen lappy sebab bingung tahap nak meninggal. 

Nasib baiklah on that time ade kawan yang sudi membantu, ex-classmate is online kat fb, so aku kerah dia untuk bantu aku. HAHA. Tapi sebab bidang yang aku minat, which is i wanna be a vets, tu macam tak sama cam dia yang nak jadi doktor manusia tu, aku kene jugaklah meminta tunjuk ajar ku siput sedut dengan encik GOOGLE yang memang sangat banyak jawapan yang terhidang. yeehaa =)

okey, to be honest.. aku memang seorang yang impatient and never tolerated dengan something yang slow motion ni, and aku pun bukak hampir 4 tab of google searhcing for article yang boleh bantu aku yang buntu ni. Then I found this little worrdpress yang sangat membantu aku dan ia kepunyaan seorang veterinar yang sangat helpful. I go through wisely his post dan juga Q&A yang ade kat bawah entry dia dengan all the readers and also the step to become a vets dan semuanya. and i am very happy. so then, baru aku sedar dunia ni taklah kejam sangat untuk aku yang takde sape nak guide untuk masuk university ni.

so far.. yang aku bidang yang aku pilih ialah -;

1. Farmasi - sangat takde idea why i choose this coarse.
2. Sains Kesihatan dan bersekutu - nak jadi doktor kene pilih ni kott , ntahh laarr..
3. Pergigian - once, aku memang bercita-cita nak jadi dentist, sebab it'all about teeth, tapi i prefer    animals health care more now, jadi aku pilih pergigian maybe if aku tak dapat vets, dapat jd dentist pun okey, even i will feel sooooo SAD !

lepastu, program pilihan pengajian pulak ;-

1. Asasi sains hayat di UM
2. Diploma kesihatan haiwan dan peternakan di UPM
3. Diploma pertanian di UPM
4. Asasi sains fizikal di UM

okey, untuk yang ni.. hati aku ni sangat memberat dengan yang no.2 sangat-sangatt ! for remaining three tu aku cam nak dan sangat tak nak. kalau boleh, aku nak isi all 4 blank tu dengan Dip. kesihatan haiwan je semua, but sadly I can't.

for those yang seperjuang dengan aku, hehe.. chill je korang. if korang ade masalah cam aku, DO ASK people around you. bab-bab camni, seriously banyak kene guide dari orang yang ade pengalaman, and yang paling penting, do discuss dengan parents korang. aku rase lebih senang kalau dah discuss awal-awal dari pada end up bergaduh dengan parents sebab they want you to become like what they want. macam aku ni, aku ade kebebasan memilih yang mutlak, so it's all up to me nak pilih apa, tapi tetap jugak susah nak buat pilihan.

korang jugak kene ade minat, minat tu tak dalam pun takpe, asal ade minat. itu yang penting. lepastu, buat kajian dan ambil tahu perihal bidang yang korang minat tu. Kalau rasa tak boleh bawak ke, ape ke.. cuba carik yang lain. Masa tunggu result ni masa yang paling sangat sesuai untuk berfikir pasal masa depan. Masa kita yang separa limited dan tidak ni, korang gunakanlah sepenuhnya. Janganlah nak fikir yang depan mata je, masa depan yang sedang menunggu ni perlu jugak nak difikirkan. 

lagi satu, if korang dah beli no. upu ni kat BSN, but bile nak isi borang, rasa cam tak confident je result tu cannggehh kan, . aku nasihatkan untuk isi je borang tu dulu. kalau setakat rasa-rasa ni, korang ignore je, yang penting inisiatif dan langkah pertama untuk membina masa depan tu dah korang lengkapkan. Aku pun tak confident result jadi elok sangat, tapi who knows kan?

last, bila dah isi borang tu, print out lar permohonan tu, simpan elok-elok.. nak frame pun boleh,. okey tak payah frame, HAHA. Kalau nanti lepas dapat result nak kemaskini balik, you may do so, tapi hanya tiga kali, 1, 2 , 3 kali je tau. dan setiap kemaskini yang korang buat, print yang baru dak konyok yang lama. if tanak membazir, yelah sayangkan bumi dan bencikan pembaziran, save je dulu document tu dalam folder,. then kalau dan  okey semuanya,. baru print out  . .

aku harap, semua pemohon uni SPM 2012 akan berjaya menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya dan langsung dapat memajukan lagi Malaysia terchenta ni. Tapi kalau dapat majukan diri sendiri je pun dah okey. asal jadi orang yang berguna dunia dan akhirat. Alright frengg? 

dah-dah, itu saja info yang boleh di-share untuk pertama kalinya. bye2.. wssalam :)

  untuk memohon ke ipta tekan SINI 

untuk semak markah  koko tekan SITU

p/s : credit untuk fb freng yang sudi menge-share maklumat,. korang memang TERBAEKK !


i love encik GOOGLE !